Monday, February 4, 2013

Mee Warisan Asli


Hari ni, adalah hari yang menggembirakan!yeaa!! Bukan selalu dapat keluar bertiga..hanya saya, mak dan ayah. Kami telah ke kedai kereta untuk mencuci mata. hihi....Saya paling suka kereta Hybrid, sebab dia lawa. Kereta Hybrid nih bukan sahaja lawa, ia juga boleh jimat petrol. Tapi...ada banyak sangat lah kekurangan dia. Tak mahu cerita lah. Tak baik ceritakan keburukan orang lain. :-D

Selepas itu, terus kami kedai makan untuk makan tengah hari. Ayah saya memang mahir bab mencari tempat makan best nih. Tambahan pula semenjak sudah pencen dan semakin aktif dengan geng surau nih,ada saja kedai yang hendak diteroka. Biar saya promote kedai yang telah kami pergi. Kami lunch di kedai Mee Warisan Asli Hassan. Memang unik kedai ni. Kedai ini letaknya di Sg Besi,berdekatan dengan kem tentera. Kedai ini diusahakan oleh orang cina muslim yang berasal daripada negara Cina. Jadi, masakannya lain daripada masakan cina Malaysia. Untuk sesiapa yang mahu makan mee fresh yang lembut,boleh try di sini. Yang menarik, kita boleh lihat sendiri secara live, the making of mee. 




Di kedai ini, cuma penjaga cashiernya sahaja yang boleh bercakap Melayu..tukang masak dan tauke tidak boleh bercakap Melayu atau English kerana mereka baru sahaja memulakan bisnes di sini. Mereka adalah saudara seaqidah kita yang datang ke sini untuk mencari rezeki. Jom kita bantu perniagaan mereka.