Friday, June 25, 2010

13 REJAB 1431
Satu perkongsian. .

Bulan Rajab termasuk bulan Arbatun Hurum-4 bulan suci yang Allah istihar dalam surah Taubah 36. Bulan2 yang lain..bulan 11-Dzulqaidah, 12-Dzulhijjah, 1-Muharram dan 7-Rejab. ( Ini semua arbatun hurum-bulan- bulan suci). Nanti ada masa kita kongsi pasal pengharaman berperang.

Tidak ada hadith khusus megenai penyebutan Rajab sunat berpuasa yg kita boleh jadikan sandaran kukuh - begitulah kata Ibn Hajar dalam komentarnya. Kecuali hadith riwayat Imam Ahmad, Baihaqi yang isnadnya JAID - Rasulullah saw menyebut " Berpuasalah dalam bulan2 suci dan berbukalah.. .di sebut 3 kali..

Jadi landasan hadith yang jaid sanadnya ini - Syed Sabiq dalam Fiqh Sunnah menyebut digalakan memperbanyakkan berpuasa pada Rajab kerana ia adalah salah satu dari arabatun hurum - 4 bulan suci...maksudnya bukan kerana Rejabnya bulan itu - tetapi kerana bulan itu bulan suci yang Allah sebut dan Rasulullah tekankan dalam hadith tadi. Semuga kita memahami ..

Puasa yang terbaik - puasa Nabi Allah Daud - satu hari puasa , satu hari buka...mampu ?
Lagi ..puasa hari2 putih ..13, 14, 15 setiap bulan Hijri...mampu?
Lagi...puasa isnin-khamis. ..sekuarng2 2 hari dalam sebulan..lebih lagi baik...mampu?
Lagi puasa di tarikh2 tertentu sebagaimana yg disyaritakan melalui Rasulullah saw...ada peduli ?
Lagi...kalau antum mahu berpuasa hari itu...tanpa ada sebab2 diatas..hanya mahu mendidik diri . tarbiah diri./ control diri...boleh sahaja. Niat saja ia puasa kerana Allah. Ini mengikut pengamalan para Sahabah dan Salaf yang banyak dari hari2 dalam keadaan berpuasa...bacalah kisah Ibn Abbas, Abu Darda dan ulamak besar zaman silam...puasa adalah hidup mereka.

Rajab kita perhebatkan puasa - gazette, Shaaban - kita perhebatkan lagi.sebagaimana pengamalan Rasulullah saw..Ramadhan kita memang wajib berpuasa..seolah2 Nabi prepare umatnya untuk satu latihan diri yang sungguh baik sekali. Umatan Wasato..

Badan kita juga set untuk Ramadahan Al Mubarak bermula Rajab...itulah syariaat Allah untuk Makhluk yang diciptaNya. Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Semuga bermenefaat.

.Ingat kata-kata Allah ini dalam Hadith Qudsi.." Setiap amal anak ada, dilipatgandakan pahalanya 10 X seumpamanya. Berkata Allah lagi " KECUALI PUASA - ILAS SAUMA..maka amal itu untuk AKU -FA IN NAHU LI-Aku sendiri akan membalasnya. .WA ANA AJZI BIH..

Bagaimana Allah meletakkan kemuliaan pada hamba-hambaNya yang berpuasa sehingga UNLIMITED GANJARANNYA dan Special pulak Ganjaran khas dariNya...Sesungguh nya Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang akan kita..SubhanAllah

Amin Ya Rabb.

DARIPADA,
Pak Syed