Sunday, August 10, 2014

Save Gaza

Pernah dengar kisah Said Bin 'Amir-Jumahiy?

Apa kaitannya dengan Gaza?

Ada.....

Jom pelajari kisah Said Bin 'Amir Al-Jumahiy.....

Said merupakan salah seorang daripada orang arab Quraisy yang telah menyaksikan penyeksaan yang kejam terhadap Khubaib bin 'Adiy, salah seorang sahabat Muhammad yang berjaya diberkas orang kafir Quraisy. Beliau tertarik melihat Khubaib yang menunaikan solat sebelum beliau dibunuh dengan kejam. Said melihat sendiri dengan kedua mata kepalanya, mereka memotong anggota badan Khubaib yang masih hidup.

Said melihat Khubaib yang terikat di kayu berpalang mendongakkan wajahnya ke langit seraya berkata. " Wahai Allah hitunglah bilangan mereka, hancur leburkanlah mereka dan jangan kamu biarkan mereka walaupun seorang. "

Kemudian beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada tubuhnya tidak terkira berapakah tetakan pedang dan tusukan lembing yang menghujaninya.

Persitiwa itu terus terbayang-bayang di kotak fikiran Said. Ketika tidur beliau bermimpikan peristiwa tersebut. Terngiang-ngiang di telinganya, rintihan Khubaib yang mendoakan kehancuran Quraisy.

Setelah mengisytiharkan keislamannya, Said telah berhijrah ke Madinah dan telah menyertai peperangan Khaibar dan siri peperangan yang lain selepas itu.

Kemudian Said dilantik menjadi gabenor di Hims sewaktu zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab. Subhanallah, walaupun dilantik menjadi gabenor, nama beliau tersenarai dalam list fakir miskin di Hims.

Seperti biasa, sekali sekala amirul mukminin bertamu ke setiap wilayah untuk mengambil aduan rakyat jelata berkenaan gabenor di setiap tempat beserta kakitangan kerajaannya.

Dipendekkan cerita, rakyat di Hims telah mengadu kepada amirul mukminin bahawa Said sering pengsan. Ini menyebabkan, beliau tidak menyedari sesiapa dalam majlisnya.

Lalu, Said menjelaskan kepada amirul mukminin. " Saya telah melihat peristiwa pembunuhan Khubaib bin 'Adiy, dan ketika itu saya masih lagi seorang musyrik. Saya melihat orang Quraisy memotong anggota badannya. Demi Allah!saya tidak mampu mengingati tragedi ngeri tersebut. Bagaimana saya boleh membiarkannya diperlakukan sedemikian sedangkan saya tidak membantunya. Saya merasakan Allah tidak mengampunkan kesalahan saya tersebut...sebab itulah saya jatuh pengsan."

Lihatlah sahabat nabi ini....bertapa terkesannya beliau apabila melihat saudara Islam diseksa di depan mata. Dia sangat menyesali yang dia tidak berbuat apa-apa ketika itu. Sedang dia pada ketika itu bukanlah muslim. Cuba bandingkan dengan diri kita. Apa pula perasaan kita apabila menyaksikan saudara-saudara kita di Gaza disembelih.

Wujudkah perasaan risau, gundah gulana dalam diri kita andai sumbangan yang kita beri itu tidak mencukupi. Seperti yang kita sedia maklum, duit yang kita beri untuk Palestin itu bukanlah derma. Tapi ia merupakan bayaran yang memang sewajarnya kita lunaskan bagi membayar pengorbanan saudara kita yang berjuang mempertahankan masjid al-aqsa.

Jika bukan atas dasar masjid itu sekalipun, wujudkah perasaan belas yang mendalam dalam hati atas dasar kemanusiaan apabila melihat ribuan orang Palestine dibunuh. Sudahkah kita menyampaikan berita berkenaan mereka kepada orang-orang di sekeliling kita?

Baru-baru ini, untuk pertama kalinya, saya post something related to Palestin ke dalam whatsapp group di tempat kerja saya. Ia adalah link untuk mengajak teman-teman sekerja untuk menandatangani petition bantahan terhadap kekejaman Zionist. Tidak sampai beberapa minit saya postkan link tersebut, senior saya yang merupakan non muslim respond, " kindly refrain from posting this kind of thing on this channel...This is a profesional channel not a political one". Saya jadi terkedu dengan respond yang begitu. Bukannya tak pernah kawan-kawan saya bincang tentang bola, badminton dan macam-macam lagi di group tersebut. Tetapi kenapa yang ini tak boleh? I just not get it..Isu Palestin adalah isu politik? Justeru ia sepatutnya diasingkan? untuk dibincangkan di tempat-tempat tertentu?

Nampaknya, isu Palestin masih kurang mendapat perhatian. Jadi, kitalah yang sepatutnya banyak bercakap isu-isu Palestin di mana-mana sahaja kita berada. Di rumah, di office, di padang bola, di mana-mana sahaja. Semoga suatu hari nanti, semua manusia di atas muka bumi ini tidak lagi sanggup melihat penduduk Palestin dizalimi.

Buat je apa yang terdaya kita lakukan. boikot, beri duit, dan paling penting, doakan mereka. Teruskan usaha kita sehiggalah Palestin dibebaskan.  



Friday, May 16, 2014

Semangat Pemuda

Syukur atas nikmat Allah yang sangat luas. Antara nikmat Allah yang sering kita lupakan adalah nikmat aib diri sendiri ditutup oleh Allah. Orang beriman tidak boleh putus asa pada rahmat Allah. Jangan pernah redha dengan kesalahan yang kita terbuat berulang-ulang. Allah itu Al-Ghafur. Mohonlah keampunan daripadaNya. Dan cuba sedaya upaya untuk tinggalkan kesalahan itu. Pasti akan Dia ampunkan dan pasti akan Dia tunjukkan jalan kebenaran. 

Manusia takkan dapat lari daripada membuat kesilapan. Orang yang beriman juga boleh berasa lemah dalam melawan kehendak hati. Tambah-tambah kalau tiada mad'u. Umpamanya, pemandu yang membawa kereta sendirian, pasti kurang sikap berjaga-jaga dalam pemanduan berbanding pemandu yang membawa penumpang berharga. Penumpang berharga tu adalah mad'u yang sangat berharga untuk ummah. 

Sudah 5 bulan tiada anak usrah. Rasanya, lagi lama saya hidup dengan hanya fikir diri sendiri dan lupa akan tanggungjawab menjadi murabbi, saya akan bertambah hanyut dalam kebodohan. Jauh hanyut...Allahu, lamanya dah tak bawak adik-adik usrah. Kalau ikutkan bisikan syaitan, rasa diri ini tidak layak untuk menjadi murabbi. Ya Allah, berikan aku kekuatan. 

Mungkin Allah mahu bagi kebaikan untuk saya melalui ujian yang sebegini. Mungkin Allah mahu bagi ganjaran yang berlipat ganda sekiranya saya dapat melepasi dugaan yang sebegini. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Allah berasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.” (Riwayat Ahmad).

Ya Allah, ampunkan dosaku. Kurniakan aku mad'u yang boleh membantu aku memperbaiki diri. 
Untuk semua murabbi, Selamat hari guru:)

Rasulullah ﷺ bersabda:

إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي (3685


“Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.” (Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)


Tuesday, January 21, 2014

Jaulah Winter- Part 3


'Istanbul Kami Datang'

Syukur alhamdulillah...dengan semangat jundullah yang baru pulang daripada PMS 2013, kami melangkah menuju ke destinasi seterusnya iaitu Istanbul! Kami sangat teruja untuk memasuki sebuah negara Islam yang pesat membangun, tetapi tersimpan juga di dalam hati rasa risau kerana kami bukannya tahu berbahasa Turki. Kami bertawakal pada Allah..semoga Dia memudahkan urusan kami di sana. Kami juga berdoa moga Allah membuka hati kami selapang-lapang nya untuk menerima tarbiyyah di kota bersejarah itu. Biiznillah...

Ujian pertama yang kami hadapi ialah tiket train ke London daripada Stowmarket yang mahal. Di UK, harga tiket boleh menjadi bertambah mahal dari hari ke hari. Macam beli tiket flight lah. Memang kami tidak beli awal-awal tiket train kerana belum pasti tentang aktiviti terakhir kami di Stowmarket. Ada di dalam perancangan untuk bersiar-siar di Stowmarket sebelum berangkat ke London pada asalnya, tetapi akhirnya tiada apa yang menarik kami untuk tinggal lebih lama di Stowmarket setelah program tamat dan masing-masing telah melangkah ke medan pertempuran masing-masing. Hebatnya kuasa tarbiyyah yang dapat menghimpunkan kami di Stowmarket ini, yang tiada apa-apa, cuma sebuah perkampungan yang rata-ratanya didiami oleh golongan veteran.

Sesampainya di London, kami makan dan membeli sedikit bekalan makanan untuk pengembaraan kami di Istanbul! Setelah itu kami ke airport Gatwick, London. Kami bermalam di airport kerana flight kami adalah pada esok pagi. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar, tidak banyak kesukaran yang dihadapi.

Pada 29/12/13, kami tiba di Istanbul. Subhanallah, kotaraya Istanbul sangat cantik dan senibina bangunannya sangat unik. Boleh katakan semua binaan di Istanbul mempunyai style yang sama. Hotel yang kami tinggal juga menarik. Bilik kami di tingkat 4, dan kami perlu menaiki tangga pusing-pusing untuk naik ke atas. Tiada lift! Sangat menarik!

Antara tempat yang kami kunjungi sepanjang percutian kami di Istanbul adalah Aya Sophia, Blue mosque, Topkapi, Dombache, Mini At-tarturk, Panorama museum dan masjid-masjid yang banyak. Di setiap destinasi yang kami kunjungi ada nilai-nilai tersendiri. Lawatan kami di setiap tempat tambah bermakna dengan bantuan nota-nota akhawat yang sudah terlebih dulu berjaulah ke Istanbul. Jazakillah ukhti for the notes:-)

Terlalu banyak pengalaman berharga yang ingin saya kongsikan...tetapi masa sangat mencemburui. Ketika menulis entry ini, saya sudah pun pulang ke Malaysia, meneruskan reality kehidupan saya. Insya Allah, saya akan selitkan cebisan kenangan jaulah kami ini di entry-entry yang lain pada lain masa. InsyaAllah..


Dalam perjalanan menuju ke Aya Sophia daripada hotel


Ada tertulis nama Allah, Muhammad, Abu Bakar, Umar dan 2 lagi khalifah di dalam Aya Sophia

Terjumpa poster ini di dalam Blue mosque...InsyaAllah, Allah akan menolong orang yang menolong agamaNya

Dombache, istana sultan terakhir khilafah Uthmaniah...gambaran pupusnya semangat jihad seorang raja, dan kecintaan kepada kemewahan dunia, akhirnya menjadi punca kejatuhan tamadun Islam





Sunday, January 5, 2014

Jaulah Winter(19/12/13-2/1/14) - Part 2

Perhimpunan Musim Sejuk 2013(PMS 2013)
Awake. Reflect. Change

Alhamdulillah...berkesempatan join PMS 2013. Cantik sangat aturan Allah..Banyak sangat yang saya dapat daripada muajih dan juga daripada adik-adik.

Terkenang saudara di Syria
Saya sangat-sangat salute kat adik-adik yang carikan tempat untuk program ni. PMS kali ni dibuat di stowmarket, sebuah kawasan di pinggiran kota..alhamdulillah sangat-sangat best tempat ni...bersesuaianlah dengan jumlah peserta yang ramai. Segala-galanya lengkap..cuma water heater kat asrama saya ada problem sikit..tak mengapa,memang hajat di hati tak mau mandi pun sepanjang program;-)
"Tak sejuk ke mandi?", tanya saya kat seorang adik sewaktu makan. "brrrr...sejuk sangat kak, pili shower dia memang yang style tekan, then air keluar for a few secnds. once dah bukak, memang terpaksa menyerah diri kat air sejuk yang menyucuk tu...tak boleh lari mana-mana dah sebab shower room tu kecik je". Fuh!dahsyat nya...susah nya kalau takde water heater sejuk2 ni. Habis, macam mana dengan saudara-saudara kita kat Syria eh? ada water heater tak? eh, diorang ada rumah ke?

Sekali lagi yang buat saya sangat-sangat teringat kat saudara kat Syria ialah time kami berexplorace. Saya tak pasti lah berapa suhu petang tu..tapi, sejuk sangat. Alhamdulillah, ada jaket tebal dan baju 2 lapis. Saya pakai kasut kulit yang saya baru beli di Manchester. Subhanallah, saya rasa kaki saya bagaikan nak membeku. Sengal-sengal dan kebas-kebas keseluruhannya. MasyaAllah...macam mana lah ye, anak-anak Syria tahan tak berkasut dalam kesejukan. Jom! menderma untuk mereka...




Logam
Lebih daripada 100 peserta telah menyertai PMS 2013 yang terdiri daripada pelajar UK,Ireland,German...Egypt pun ada! Alhamdulillah...Saya dapat lihat logam-logam untuk kebangkitan Islam dalam diri adik-adik di sana. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Dikalangan mereka, ada yang sangat kreatif!saya sangat-sangat kagum dengan bakat diorang. Ada 1 group of sisters dari Ireland buat persembahan tarian based on lyric lagu Dawud Warnsby Ali bertajuk People of the box. Pernah dengar tak lagu ni? Lyric lagu ni sangat deep. Sebenarnya mereka dah perform tarian ni semasa gathering muslim society(for sisters) kat uni diorang, selalunya all the sisters buat sort of party, belle dance etc..tapi our sisters came up with this brilliant dance with message inside it! masyaAllah..Boleh tengok lirik lagu tu kat sini:



Bakat memasak akhawat kat sini pula, tak usah dipertikaikan. Mereka sangat osem dan menyediakan masakan yang sedap tepat pada waktunya. Rasanya, tak pernah makanan berlebihan. Cukup-cukup je. Bijak sungguh diorang bajet. Setiap kali group dulang saya berhajat untuk menambah nasi, pasti nasinya sudah habis. Baguslah, takdelah peserta terlebih makan sampai mengantuk dalam pengisian. Suka-suka:-)

Di hari terakhir, PMS, mic diserahkan kepada seorang ukhtie. Dalam hati saya terdetik, "garangnya dia ni". Tapi setelah mendengar butir-butir kata daripada ukhtie tu.. masyaAllah...sangat terkesan..ukhtie tu dapat sentuh banyak aspek tentang tarbiyyah diri. Dan dia turut ceritakan sifat dia yang sangat susah untuk berkawan dengan sesiapa suatu ketika dulu, dan dia describe kan sikap dia tu as jahiliyyah dia. Bagi dia, perlu ada something in common before dia berkawan sengan sesiapa. Adik ni cerita, pernah seorang kakak senior offer dia kebab, dan dia ambil sambil kata dalam hati, "ok, baiknya kau, takpe, baguslah..senang nanti aku nak ambil kesempatan atas kau!", pergh...dahsyat tu...Point yang cuba adik tu sampaikan adalah, kita boleh berukhuwah kerana kita memang ada something in common which is aqidah kita. Matlamat kita sama. Setiap orang ada sifatnya yang tersendiri. Ya saya dapat point dia tu...lepas tu, saya rasa bulu roma saya meremang. Sebab apa? sebab, memang sikap ukhtie tu susah nak berkawan dengan sesiapa, tetapi setelah dia ditarbiyyah, dia dapat menerima sahabat-sahabat di sekeliling dia. Jadi, insyaAllah...dia lakukan itu semua kerana Allah taala. Allah..saya tidak tahu samada saya berukhuwah dengan anda semua ikhlas kerana Allah atau tidak.

Kat sini juga saya jumpa sister cantik yang muka dia mirip Tiz Zaqyah, tapi yang ini cantik lagi....subhanallah.

Teringat zaman saya dan kawan baik saya sama-sama ke daurah ansar dulu.Daurah ni dibuat setiap bulan..kot tak ingat. Then,kawan saya ni suka la sangat usha ukhtie-ukhtie yang cantik-cantik. Jangan risau..kawan saya ni ok. Alhamdulillah..dah kahwin pun dia. Hehe...best jugak mengimbau kenangan dulu-dulu...

Sebenarnya, tak kira di Malaysia atau di luar negara, kerja-kerja tarbiyyah dan takwin kena sentiasa berjalan. Di tanah air kita ada mehnahnya, di oversea pun ada mehnahnya yang tersendiri. Jangan pernah putus asa, buat je, kemudian tawakal kat Allah. Allah merahmati Imam Syahid Hasan Al-Banna(HAB) ketika beliau berkata:

Jangan kalian berputus asa kerana berputus asa itu bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah mimpi-mimpi semalam dan mimpi hari ini adalah adalah hakikat yang akan berlaku esok. Masih tetap ada lagi waktu dan anasir-anasir yang baik masih utuh dan kuat dalam jiwa-jiwa bangsa para mukmin sekalipun kerosakan bermaharajalela. Yang lemah tidak akan selama-lamanya menjadi lemah sepanjang hidupnya, sebaliknya yang kuat tidak akan selama-lamanya kuat sepanjang hidupnya

Semoga ukhuwah yang terjalin menguatkan kita semua. Saya doakan kita semua terus istiqamah dalam membina diri hingga terbela ummah ini. Bak kata imam HAS, kuunu anfusakum, tatkunu ummatukum. Maksudnya, bentuklah jiwa-jiwa kalian, nescaya akan terbentuklah dengan kalian ummah kalian. InsyaAllah...




Saturday, January 4, 2014

Jaulah Winter(19/12/13-2/1/13)- Part 1


'My life may not be going the way I planned it, but it is going exactly the way Allah planned it'- quoted

Syukur alhamdulillah...begitu banyak nikmat kurniaan Allah. Saya dan 2 adik saya baru sahaja pulang daripada jaulah selama 2 minggu. InsyaAllah...moga-moga pengalaman mentadabur alam dan manusia di bumi UK dan Istanbul menguatkan lagi keimanan kami dan mendekatkan kami lagi kepada pencipta yang Maha Esa. 

Subhanallah...rutin harian saya berubah sekelip mata sahaja dengan izinNya. Pada 16/12/13, saya menjalani kehidupan seperti biasa, start kerja pukul 7.30 pagi, break sekejap pukul 5 ptg-9 mlm, then sambung kerja daripada pukul 9mlm sampai 9pagi keesokan paginya. Pada 17/12/13, habis sahaja shift malam, saya berangkat pulang ke rumah, dan pada 18/12/13, saya fly ke Manchester,UK bersama adik saya. Allahu...hanya Dia yang berkuasa mengatur perjalanan hidup hambaNya-hambaNya. Kita sebagai hambaNya jangan berhenti daripada berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin. Doa adalah anugerah buat kita. Dalam satu hadith  ada menyebut, apabila seseorang berdoa dengan ikhlas Allah malu untuk menolak permintaan hambanya. 

Tapi...tidak semua apa yang kita nak dan doa, kita akan dapat. Sekiranya perjalanan hidup berlaku seperti yang kita doakan sebenarnya Allah nak uji samada kita ni hambaNya yang bersyukur atau tidak. Tetapi, kalau things happened the other way round, itu juga sesuatu yang perlu kita syukuri. Teringat saya pada satu hadith;

Tiada doa yang tidak berlaku 3 perkara bersama-samanya;
  1. Allah akan memakbulkan doa itu, samada cepat atau lambat di dunia ni
  2. Jika perkara itu tidak bermanfaat untuk kamu, Allah akan hindarkan perkara itu daripada terjadi dan akan mengelakkan cubaan yang lain pula daripada mendatangi kamu
  3. Allah akan simpan doa itu untuk hari kemudian(akhirat). Ada seorang hamba Allah yang bertanya kepada Allah di syurga, apa yang saya buat di dunia, sampai saya dapat semua ni? Allah kata, Aku beri ni semua kat kamu atas doa-doa kamu di dunia yang belum aku makbulkan. Pastu orang tu berkata, Ya Allah...kalau aku tahu aku harap Allah tak makbulkan semua doa-doa aku sewaktu di dunia dahulu.  
Semoga kita semua sentiasa berdoa padaNya dengan penuh pengharapan. Saya telah berusaha untuk banyak-banyakan berdoa sepanjang perjalanan saya di sana. Tetapi, mungkin masih tidak cukup. InsyaAllah, lepas ni nak terus berdoa.

Berjalan-jalan di Christmas market sesampainya di Manchester
Bersiar-siar di Old Trafford

First place yang kami pergi di kota London, Buckingham Palace

Changing guard hanya dapat disaksikan pada hari-hari genap. Kami datang sini pada 22/12/13

Alhamdulillah...dahi kami pernah menyentuh bumi di St James's Park, London 
Selepas bersiar-siar di kota London, kami naik train ke Stowmarket, Suffolk untuk menyertai program perhimpunan musim sejuk 2013. Saya akan ceritakan pengalaman di PMS 2013 dalam Jaulah Winter part 2. InsyaAllah..