Friday, May 16, 2014

Semangat Pemuda

Syukur atas nikmat Allah yang sangat luas. Antara nikmat Allah yang sering kita lupakan adalah nikmat aib diri sendiri ditutup oleh Allah. Orang beriman tidak boleh putus asa pada rahmat Allah. Jangan pernah redha dengan kesalahan yang kita terbuat berulang-ulang. Allah itu Al-Ghafur. Mohonlah keampunan daripadaNya. Dan cuba sedaya upaya untuk tinggalkan kesalahan itu. Pasti akan Dia ampunkan dan pasti akan Dia tunjukkan jalan kebenaran. 

Manusia takkan dapat lari daripada membuat kesilapan. Orang yang beriman juga boleh berasa lemah dalam melawan kehendak hati. Tambah-tambah kalau tiada mad'u. Umpamanya, pemandu yang membawa kereta sendirian, pasti kurang sikap berjaga-jaga dalam pemanduan berbanding pemandu yang membawa penumpang berharga. Penumpang berharga tu adalah mad'u yang sangat berharga untuk ummah. 

Sudah 5 bulan tiada anak usrah. Rasanya, lagi lama saya hidup dengan hanya fikir diri sendiri dan lupa akan tanggungjawab menjadi murabbi, saya akan bertambah hanyut dalam kebodohan. Jauh hanyut...Allahu, lamanya dah tak bawak adik-adik usrah. Kalau ikutkan bisikan syaitan, rasa diri ini tidak layak untuk menjadi murabbi. Ya Allah, berikan aku kekuatan. 

Mungkin Allah mahu bagi kebaikan untuk saya melalui ujian yang sebegini. Mungkin Allah mahu bagi ganjaran yang berlipat ganda sekiranya saya dapat melepasi dugaan yang sebegini. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Allah berasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.” (Riwayat Ahmad).

Ya Allah, ampunkan dosaku. Kurniakan aku mad'u yang boleh membantu aku memperbaiki diri. 
Untuk semua murabbi, Selamat hari guru:)

Rasulullah ﷺ bersabda:

إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي (3685


“Seseungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.” (Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)


No comments:

Post a Comment