Sunday, November 28, 2010

Tokoh:Abdul Majid Az-Zindanni

Ilmu Tauhid

Salah seorang student Abdul Majid Az-Zindanni telah datang memberikan ceramah tentang kandungan buku Tauhid Az-Zindani. Kadang kita rasa boring baca buku ni and kita tak tahu kenapa kita perlu belajar ilmu tauhid dalam usrah? Sebabnya kita kurang menghayati apa yang beliau mahu sampaikan. Kita kurang faham analogi2 yang beliau buat.

Sahabat, ilmu tauhid sangat penting. Jika tidak, kenapa ikhwanul muslimin meletakkan ilmu tauhid sebagai salah satu subjek untuk usrah 01. Ini adalah kerana ilmu tauhid adalah asas. Daripada ilmu tauhid, seseorang akan beriman. Daripada iman akan menghasilkan amal.Semoga kita dapat beriman sebagaimana generasi sahabat beriman. Iman yang dapat mengubah daripada jahiliyyah kepada kebenaran. Bagaimana?kerana iman mereka berlandaskan iman kepada akhirat. Apabila kita beriman pada hari akhirat,pasti kita mahu kejar syurga dan takutkan neraka. Syurga akan jadi tujuan kita.

Ada satu kisah di zaman rasulullah S.A.W;Sedang Abdullah B. Umar berjalan, dia menyebut;
"di kalangan kita disini ada seorang perempuan yang merupakan ahli syurga. Perempuan ini merupakan seorang hamba"
.
Seorang lagi bertanya,
"bagaimana perempuan itu dapat masuk syurga?"
.
Abdullah berkata,
" perempuan ini menghidap penyakit sawan(seizure). Suatu hari dia pergi bertemu rasulullah dan meminta rasulullah mendoakannya supaya sembuh daripada penyakit sawan itu. Rasulullah memberikan perempuan itu pilihan samada rasulullah doakan untuk dia sembuh atau rasullah membiarkan dia dengan penyakitnya tetapi dia dijanjikan masuk syurga kerana kesabarannya.
"
Subhanallah, perempuan itu memilih syurga. Cumanya, perempuan tu minta rasulullah doakan supaya setiap kali dia dapat sawan, Allah jagakan aurat dia time dia tengah kene sawan. Sampai begitu sakali rindunya mereka pada syurga. Kita?huhu..

Haa..sebab mahu melahirkan generasi yang beriman dan beramallah, Majid Az-Zindanni explore ilmu tauhid dengan approach sains saintifik. Sepatutnya kita menghargai usaha beliau. Beliau merupakan tokoh yang telah berjasa kepada umat Islam. So, lepas ni kenalah kupas ilmu tauhid dalam usrah dengan berkesan. Jangan hanya sekadar baca saja. Kena prepare before hand..cari video ker..etc.


Universiti Iman
Letaknya di Yaman. Diasaskan oleh Majid Az-Zindani. Beliaulah yang menulis buku tauhid yang kita guna dalam usrah.






Terharunya dengar ikrar ulamak2 muda ni. Mudah-mudahan suatu hari nanti, ada klon universiti Iman di Malaysia.