Sunday, August 10, 2014

Save Gaza

Pernah dengar kisah Said Bin 'Amir-Jumahiy?

Apa kaitannya dengan Gaza?

Ada.....

Jom pelajari kisah Said Bin 'Amir Al-Jumahiy.....

Said merupakan salah seorang daripada orang arab Quraisy yang telah menyaksikan penyeksaan yang kejam terhadap Khubaib bin 'Adiy, salah seorang sahabat Muhammad yang berjaya diberkas orang kafir Quraisy. Beliau tertarik melihat Khubaib yang menunaikan solat sebelum beliau dibunuh dengan kejam. Said melihat sendiri dengan kedua mata kepalanya, mereka memotong anggota badan Khubaib yang masih hidup.

Said melihat Khubaib yang terikat di kayu berpalang mendongakkan wajahnya ke langit seraya berkata. " Wahai Allah hitunglah bilangan mereka, hancur leburkanlah mereka dan jangan kamu biarkan mereka walaupun seorang. "

Kemudian beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada tubuhnya tidak terkira berapakah tetakan pedang dan tusukan lembing yang menghujaninya.

Persitiwa itu terus terbayang-bayang di kotak fikiran Said. Ketika tidur beliau bermimpikan peristiwa tersebut. Terngiang-ngiang di telinganya, rintihan Khubaib yang mendoakan kehancuran Quraisy.

Setelah mengisytiharkan keislamannya, Said telah berhijrah ke Madinah dan telah menyertai peperangan Khaibar dan siri peperangan yang lain selepas itu.

Kemudian Said dilantik menjadi gabenor di Hims sewaktu zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab. Subhanallah, walaupun dilantik menjadi gabenor, nama beliau tersenarai dalam list fakir miskin di Hims.

Seperti biasa, sekali sekala amirul mukminin bertamu ke setiap wilayah untuk mengambil aduan rakyat jelata berkenaan gabenor di setiap tempat beserta kakitangan kerajaannya.

Dipendekkan cerita, rakyat di Hims telah mengadu kepada amirul mukminin bahawa Said sering pengsan. Ini menyebabkan, beliau tidak menyedari sesiapa dalam majlisnya.

Lalu, Said menjelaskan kepada amirul mukminin. " Saya telah melihat peristiwa pembunuhan Khubaib bin 'Adiy, dan ketika itu saya masih lagi seorang musyrik. Saya melihat orang Quraisy memotong anggota badannya. Demi Allah!saya tidak mampu mengingati tragedi ngeri tersebut. Bagaimana saya boleh membiarkannya diperlakukan sedemikian sedangkan saya tidak membantunya. Saya merasakan Allah tidak mengampunkan kesalahan saya tersebut...sebab itulah saya jatuh pengsan."

Lihatlah sahabat nabi ini....bertapa terkesannya beliau apabila melihat saudara Islam diseksa di depan mata. Dia sangat menyesali yang dia tidak berbuat apa-apa ketika itu. Sedang dia pada ketika itu bukanlah muslim. Cuba bandingkan dengan diri kita. Apa pula perasaan kita apabila menyaksikan saudara-saudara kita di Gaza disembelih.

Wujudkah perasaan risau, gundah gulana dalam diri kita andai sumbangan yang kita beri itu tidak mencukupi. Seperti yang kita sedia maklum, duit yang kita beri untuk Palestin itu bukanlah derma. Tapi ia merupakan bayaran yang memang sewajarnya kita lunaskan bagi membayar pengorbanan saudara kita yang berjuang mempertahankan masjid al-aqsa.

Jika bukan atas dasar masjid itu sekalipun, wujudkah perasaan belas yang mendalam dalam hati atas dasar kemanusiaan apabila melihat ribuan orang Palestine dibunuh. Sudahkah kita menyampaikan berita berkenaan mereka kepada orang-orang di sekeliling kita?

Baru-baru ini, untuk pertama kalinya, saya post something related to Palestin ke dalam whatsapp group di tempat kerja saya. Ia adalah link untuk mengajak teman-teman sekerja untuk menandatangani petition bantahan terhadap kekejaman Zionist. Tidak sampai beberapa minit saya postkan link tersebut, senior saya yang merupakan non muslim respond, " kindly refrain from posting this kind of thing on this channel...This is a profesional channel not a political one". Saya jadi terkedu dengan respond yang begitu. Bukannya tak pernah kawan-kawan saya bincang tentang bola, badminton dan macam-macam lagi di group tersebut. Tetapi kenapa yang ini tak boleh? I just not get it..Isu Palestin adalah isu politik? Justeru ia sepatutnya diasingkan? untuk dibincangkan di tempat-tempat tertentu?

Nampaknya, isu Palestin masih kurang mendapat perhatian. Jadi, kitalah yang sepatutnya banyak bercakap isu-isu Palestin di mana-mana sahaja kita berada. Di rumah, di office, di padang bola, di mana-mana sahaja. Semoga suatu hari nanti, semua manusia di atas muka bumi ini tidak lagi sanggup melihat penduduk Palestin dizalimi.

Buat je apa yang terdaya kita lakukan. boikot, beri duit, dan paling penting, doakan mereka. Teruskan usaha kita sehiggalah Palestin dibebaskan.  



No comments:

Post a Comment