Syukur alhamdulillah...dengan semangat jundullah yang baru pulang daripada PMS 2013, kami melangkah menuju ke destinasi seterusnya iaitu Istanbul! Kami sangat teruja untuk memasuki sebuah negara Islam yang pesat membangun, tetapi tersimpan juga di dalam hati rasa risau kerana kami bukannya tahu berbahasa Turki. Kami bertawakal pada Allah..semoga Dia memudahkan urusan kami di sana. Kami juga berdoa moga Allah membuka hati kami selapang-lapang nya untuk menerima tarbiyyah di kota bersejarah itu. Biiznillah...
Ujian pertama yang kami hadapi ialah tiket train ke London daripada Stowmarket yang mahal. Di UK, harga tiket boleh menjadi bertambah mahal dari hari ke hari. Macam beli tiket flight lah. Memang kami tidak beli awal-awal tiket train kerana belum pasti tentang aktiviti terakhir kami di Stowmarket. Ada di dalam perancangan untuk bersiar-siar di Stowmarket sebelum berangkat ke London pada asalnya, tetapi akhirnya tiada apa yang menarik kami untuk tinggal lebih lama di Stowmarket setelah program tamat dan masing-masing telah melangkah ke medan pertempuran masing-masing. Hebatnya kuasa tarbiyyah yang dapat menghimpunkan kami di Stowmarket ini, yang tiada apa-apa, cuma sebuah perkampungan yang rata-ratanya didiami oleh golongan veteran.
Sesampainya di London, kami makan dan membeli sedikit bekalan makanan untuk pengembaraan kami di Istanbul! Setelah itu kami ke airport Gatwick, London. Kami bermalam di airport kerana flight kami adalah pada esok pagi. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar, tidak banyak kesukaran yang dihadapi.
Pada 29/12/13, kami tiba di Istanbul. Subhanallah, kotaraya Istanbul sangat cantik dan senibina bangunannya sangat unik. Boleh katakan semua binaan di Istanbul mempunyai style yang sama. Hotel yang kami tinggal juga menarik. Bilik kami di tingkat 4, dan kami perlu menaiki tangga pusing-pusing untuk naik ke atas. Tiada lift! Sangat menarik!
Antara tempat yang kami kunjungi sepanjang percutian kami di Istanbul adalah Aya Sophia, Blue mosque, Topkapi, Dombache, Mini At-tarturk, Panorama museum dan masjid-masjid yang banyak. Di setiap destinasi yang kami kunjungi ada nilai-nilai tersendiri. Lawatan kami di setiap tempat tambah bermakna dengan bantuan nota-nota akhawat yang sudah terlebih dulu berjaulah ke Istanbul. Jazakillah ukhti for the notes:-)
Terlalu banyak pengalaman berharga yang ingin saya kongsikan...tetapi masa sangat mencemburui. Ketika menulis entry ini, saya sudah pun pulang ke Malaysia, meneruskan reality kehidupan saya. Insya Allah, saya akan selitkan cebisan kenangan jaulah kami ini di entry-entry yang lain pada lain masa. InsyaAllah..
Dalam perjalanan menuju ke Aya Sophia daripada hotel |
Ada tertulis nama Allah, Muhammad, Abu Bakar, Umar dan 2 lagi khalifah di dalam Aya Sophia |
Terjumpa poster ini di dalam Blue mosque...InsyaAllah, Allah akan menolong orang yang menolong agamaNya |
Dombache, istana sultan terakhir khilafah Uthmaniah...gambaran pupusnya semangat jihad seorang raja, dan kecintaan kepada kemewahan dunia, akhirnya menjadi punca kejatuhan tamadun Islam |
No comments:
Post a Comment