Sunday, April 15, 2012

Sabar

Alhamdulillah...syukur yang tidak terhitung kepada Ar-Rahman yang tidak putus-putus memberikan nikmat kepada hambaNya. Nikmat-nikmat itu jika dihitung, tidak akan ada penghujung. Namun, diri ini sedar, Allah tidak minta kita menghitung segala nikmat itu. Dia hanya mahukan kita menjadi hambanya yang bersyukur. Sekarang, dengan menggunakan jari-jari kurniaanNya, saya dapat lagi menulis di blog ini. Thank you Allah...

Untuk 2 minggu berturut-turut, usrah saya membincangkan topik sabar. Rupa-rupanya, diri ini belum menghayati konsep sabar yang sebenarnya. Maka Allah beri ilham kepada usrah mate untuk membawakan lagi tajuk sabar ini di dalam usrah khusus untuk diri saya.(perasan betul)hihi..

Sabar ini sangat banyak diperkatakan dalam Al-Quran..


وَلَنَبلُوَنَّكُم بِشَيءٍ مِنَ الخَوفِ وَالجوعِ وَنَقصٍ مِنَ الأَموٰلِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرينَ
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar 
(Al Baqarah:155)


Rupa-rupanya, ada banyak bentuk sabar. Contoh pertama, sabar dalam melakukan kebaikan. Ada orang kata, untuk memulakan sesuatu yang baik memang susah. Sama seperti orang yang baru nak belajar berbasikal. Betapa susahnya, untuk mulakan mengayuh. Tetapi sesudah mahir, laju saja. Baru saya teringat, pada usrah yang lepas, kami telah berbincang tentang sasaran mutabaah amal kami. Sungguh, saya rasa sangat berat untuk mencapai sasaran itu. Rasa malu sangat, apabila asyik saya yang cuba mengurangkan sasaran kami sesuai kepada kemampuan saya. Terima kasih Allah..kerana mengurniakanku sahabat-sahabat yang sering mengingatkanku. Semoga Kau berikanku keringanan dalam menunaikan ketaatan kepadaMu.

Yang kedua, sabar menghadapi ujian. Apabila kita diuji, kita harap sangat, yang itu adalah mimpi dan esok, kita akan bangun tidur tanpa perlu memikirkan masalah itu lagi. Jika tidak pun, kita harap sangat, ujian itu menjadi ringan, seringan-ringannya. Harap sangat orang disekeliling memujuk..harap sangat orang yang mendengar, memberikan kita point2 positive tentang ujian itu..agar kita diberi kukuatan untuk menghadapi ujian itu. Tapi..tak semudah itu. Bukan sahaja kita perlu hadapi kesukaran itu..adakalanya, tafsiran orang di sekeliling kita, melemahkan kita. Susah bagaimanapun, kita mesti juga menghadapi ujian itu. Maka, bersabarlah...kerana orang yang beriman sentiasa bersabar.

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh unik urusan orang yang beriman itu. Semua urusannya baik baginya. Hal itu hanya dimiliki orang yang beriman jika dia memperolehi kegembiraan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Jika ditimpa kesulitan, dia bersabar dan itu baik baginya."(HR Imam Muslim)


Sabar yang ketiga ialah sabar melawan nafsu. Melawan nafsu memerlukan kesabaran yang mantap. Ada banyak nafsu ni...nafsu untuk makan berlebihan, nafsu untuk mengutuk orang, nafsu untuk bebas pergaulan, nafsu amarah, nafsu membeli-belah dan banyak lagi. Bagi saya, sabar yang ini memang susah..kerana ia memerlukan mujahadah. Seseorang menerima ujian akan cuba untuk bersabar dan sedar bahawa itu merupakan ujian daripada Allah. Tetapi dalam melawan nafsu, manusia sering lalai dan terlupa bahawa itu juga merupakan ujian daripada Allah untuk melihat siapa diantara hambaNya yang mampu menewaskan hawa nafsu.
susah sangat untuk melawan nafsu makan coklat boost.
Last but not list, sabar melawan amarah. Marah itu sifat tercela. Satu-satunya kemarahan yang dibolehkan ialah marah untuk membela agama Allah SWT. Jika kemarahan itu terkait dengan dunia, lupakan sahaja. Jadikan sabar sebagai hentaman pertama, bukannya kemarahan.

Muadz bin Anaz RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda."Siapa saja menahan amarahnya, padahal ia mampu melempiaskannya, Allah SWT akan memanggilnya di depan makhluk pada Hari Kiamat lalu ia disuruh memilih bidadari yang dikehendaki."(HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi. Imam Tarmidzi berkata,"Hadits ini hasan.")


Marilah sama-sama kita berdoa agar kita sentiasa dapat bersabar. Dunia ini hanya persinggahan sedangkan akhiratlah yang kekal abadi. Kita mahukan kemenagan di akhirat. Maka, bersabarlah. Mudah-mudahan, Allah mengganjari kesabaran itu dengan balasan syurga.


 قُل يٰعِبادِ الَّذينَ ءامَنُوا اتَّقوا رَبَّكُم ۚ لِلَّذينَ أَحسَنوا فى هٰذِهِ الدُّنيا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرضُ اللَّهِ وٰسِعَةٌ ۗ إِنَّما يُوَفَّى الصّٰبِرونَ أَجرَهُم بِغَيرِ حِسابٍ


Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
(Az-Zumar (39):10)