Sunday, April 25, 2010

Tips Jika Anda Berseorangan

Macam-macam cerita yang kita dengar di surat khabar. Kes rogol, ragut, pukau dan macam-macam lagi. Jadi, apa langkah keselamatan yang telah kita ambil untuk elakkan diri kita menjadi mangsa penjenayah-penjenayah ini?Adakah begitu mustahil untuk kita menjadi mangsa jenayah-jenayah ini?Semestinya, kita kenalah elakkan diri kita daripada keluar rumah malam-malam. Tapi kadang-kadang kita terpaksa keluar di waktu malam sorang-sorang. Jadi, mari kita berkongsi langkah-langkah keselamatan yang boleh kita ambil.


Penunggang motor wanita
  • Pakailah jaket siap dengan hood dan pakai helmet. Pasti penjenayah tak perasan yang anda merupakan wanita
  • Janganlah pakai kasut perempuan. Pakai la kasut sport ke..kasut sekolah ke...
Apabila membawa kereta bersendirian

  • Sorokkan identiti anda sebagai wanita dengan memakai aksesori-aksesori yg sesuai. Sebagai contoh, pakai rambut palsu afro..Jadi, penjenayah tak perasan bahawa anda adalah wanita:) 
  • Janganla berhenti untuk isi minyak di malam-malam hari yang sunyi. Anda mungkin akan diekori. So, isilah minyak kereta anda siap-siap di waktu siang. Tapi jangan isi penuh. Takut-takut nanti ada orang lain yang pinjam kereta anda:P
Apabila  berjalan seorang diri di tempat parking atau dimana-mana kawasan sunyi

  • Buat-buatlah bercakap di telefon. Kononnya ada seseorang yang menunggu anda tak jauh daripada kawasan anda berjalan.
  • Bunyikan saja alarm kereta untuk menarik perhatian orang ramai sementara anda sampai ke kereta anda.
  • Sekiranya anda merasakan diekori di tempat parking, cari butang alarm yang kadang-kadang ada juga disediakan di tempat parking. Tapi jangan la over, mungkin yang mengekori anda tu cuma mahu dapatkan tempat parking anda^_^
Apabila anda bersendirian di dalam lift
  • Jika ada lelaki yang naik lift bersama anda, apa yang perlu anda buat adalah ketawa sorang-sorang!Kalau pandai mengilai lagi baik. Mengilai je.Siapa yang berani nak menganiaya seorang pontianak kan?!
  • Sediakan gigi taring dalam handbag anda. Pakai bila perlu. Gigi taring ni boleh beli kat kedai magic yang berhampiran.
  • Bawalah bersama pemedih mata spray. Benda alah ni ada dijual di kedai magic jugak.
Ini saja dulu tips-tips dari saya. InsyaAllah...kalau saya ada idea lain,saya akan tulis lagi di sini.

2 comments:

  1. Sungguh luar biasa tips2 ni^^

    ReplyDelete
  2. Baru baca balik post ni selepas setahun berlalu. Aku sendiri terfikir, apa lah yang aku merepek kat sini.

    ReplyDelete