Bila terpandang ikan keli di dalam sinki, Hannah pun tanya: ni ikan apa mak teh?
Mak teh: ikan keli. Ingat tak, ikan yang lompat-lompat tu?(teringat masa bawa balik ikan ni dulu, Hannah bertempiaran lari sebab ikan ni berenang-renang atas lantai dapur):)
Hannah: ikan ni hidup lagi ke mak teh?
Mak teh: dah mati dah
Hannah: kenapa ikan ni dah mati(seperti biasa, Hannah yang banyak tanya. huhuhu...Hannah oh Hannah)
Mak teh: sebab mak teh letak ikan ni dalam peti ais. Sebab tu la ikan ni dah mati (jawab saya dengan penuh kesabaran)
Hannah: kenapa letak dalam peti ais, ikan ni mati?Saya tak jawab, sebab mahu fokus sukat bahan untuk buat cinnamon roll.
Hannah: mak teh, kenapa bila letak dalam peti ais ikan tu mati?(pertanyaan diulang)Huhuhu..terpaksa jawab juga.
Mak teh: sebab ikan dah keras (malas nak jawab lebih-lebih, nanti lagi bertalu-talu soalannya).
Hannah: kenapa kalau keras ikan tu mati?Senyap..
Hannah: Mak teh!!Saya dah tak larat mahu jawab:I
Mak teh: Hannah kacau susu dengan butter ni nak?
Hannah: nak2!Ini gambar hiasan je:)
Tak lama lepas tu,
Hannah: mak teh, ikan ni hidup lagi ke? Tu..gerak!(setiap kali saya buka paip, ikan tu nampak macam bergerak-gerak)
Mak teh: tak lah ikan tu dah mati.Apabila saya meng-uli tepung, Hannah pun sibuk mahu buat.
Hannah: mak teh Hannah nak buat?
Mak teh: tak boleh, tangan Hannah kotor.
Hannah: Hannah nak basuh tangan(terus dia ke sinki, sambil mata masih menjeling ikan di dalam sinki). Mak teh, ikan ni hidup lagi ke?
Mak teh: ikan tu dah nak hidup dah. Sebab Hannah asyik tanya je:PSekelip mata, Hannah lari bertempiaran. Takutnya dia kalau ikan itu masih hidup.
Alhamdulillah, bagus juga, tak ada la orang nak menyibuk lagi. Heheh..
Tetapi, selepas 10 minit, Hannah datang lagi.
Hannah menyibukkan diri di meja yang saya tinggalkan tepung tadi. Saya risau kalau dia main dengan tepung itu.
Mak teh: Hannah buat apa tu?
Hannah: shh..mak teh jangan banyak tanya...nanti ikan tu hidup balik semula.Saya terpaku dengan kata-kata Hannah. Dalam hati bertanya, apa yang dah saya buat? Hannah serious ke atau dia mahu kenakan saya balik? Kalau Hannah serious, bermakna saya sudah menipu budak kecil ini. Kasihannya dia. Kalau Hannah sengaja mahu kenakan saya, adakah Hannah tahu yang dia sudah ditipu? Kalau Hannah tahu, bermakna saya dah ajar Hannah menipu. Ohh..tidak!!
Sepatutnya, budak kecil ini diasuh dengan akhlak yang mulia, semulia akhlak nabi Muhammad S.A.W. Baginda tidak pernah berkata bohong, walaupun dalam keadaan yang terdesak.
hannah dan bihah |
Dalam satu kisah, Rasulullah sedang membuat risikan sebelum berlakunya perang Badar. Rasullah dan seorang lagi sahabat bertembung dengan satu kafilah. Rasulullah bertanya kepada kafilah itu, dimana puak musyrikin dari Mekkah berada? Tetapi, kafilah itu meminta agar baginda memperkenalkan diri. Rasulullah S.A.W berkata, beritahu aku dulu, nanti aku akan khabarkan aku ini dari mana. Kemudian, kafilah itu mula menyatakan, kumpulan musyrikin Mekkah sudah bertolak pada waktu sekian-sekian, dijangkakan berada di sekian-sekian. Setelah selesai menceritakan beliau bertanya: "Dan siapa kamu berdua ini?". Jawab Rasulullah S.A.W: Kami ini dari "Ma" dengan itu Rasulullah S.A.W terus beredar. "Syeikh tadi kehairanan memikirkan apakah dari "Ma" al-Iraq ?(atau "Ma" yang bererti air).Rasulullah menipu ke? tak pun. Memang Rasulullah datang dari "Ma" iaitu Madinah:)
Jadi, ambillah iktibar daripada kisah Rasulullah. Tak baik menipu, terutamanya kepada budak kecil.
huda dan hannah |
cinnamon kami dah siap!! |