Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Jangan Menipu

Hari ni saya dan Hannah mahu buat cinnamon roll. Hannah begitu bersemangat mahu menolong:).Sambil tu, saya rendam ikan keli untuk masak petang nanti. Ikan keli ni sudah lama berada dalam peti sejuk. Saya tangkap ikan ni di kebun seorang kawan di Janda Baik masa saya dalam semester 9 (time student dulu.huhuhu). Kira-kira dah 6 bulan juga. Tak sedar masa yang berlalu. Ikan keli ni belum habis lagi rupanya, banyak sangat yang saya tangkap tempoh hari. Tengok ikan keli ni, teringat kawan saya yang bermurah hati tu (terima kasih Hazirah Mohd.Nor!).Semoga kolam ikan kelinya membiak-biak dengan banyak lagi.hihi... 
Bila terpandang ikan keli di dalam sinki, Hannah pun tanya: ni ikan apa mak teh?
Mak teh: ikan keli. Ingat tak, ikan yang lompat-lompat tu?(teringat masa bawa balik ikan ni dulu, Hannah bertempiaran lari sebab ikan ni berenang-renang atas lantai dapur):)
Hannah: ikan ni hidup lagi ke mak teh?
Mak teh: dah mati dah
Hannah: kenapa ikan ni dah mati(seperti biasa, Hannah yang banyak tanya. huhuhu...Hannah oh Hannah)
Mak teh: sebab mak teh letak ikan ni dalam peti ais. Sebab tu la ikan ni dah mati (jawab saya dengan penuh kesabaran)
Hannah: kenapa letak dalam peti ais, ikan ni mati?
Saya tak jawab, sebab mahu fokus sukat bahan untuk buat cinnamon roll. 

Hannah: mak teh, kenapa bila letak dalam peti ais ikan tu mati?(pertanyaan diulang)
Huhuhu..terpaksa jawab juga.

Mak teh: sebab ikan dah keras (malas nak jawab lebih-lebih, nanti lagi bertalu-talu soalannya).
Hannah: kenapa kalau keras ikan tu mati?
Senyap..

Hannah: Mak teh!!
Saya dah tak larat mahu jawab:I

Mak teh: Hannah kacau susu dengan butter ni nak?
Hannah: nak2!
                                          Ini gambar hiasan je:)

Tak lama lepas tu,

Hannah: mak teh, ikan ni hidup lagi ke? Tu..gerak!(setiap kali saya buka paip, ikan tu nampak macam bergerak-gerak)
Mak teh: tak lah ikan tu dah mati.
Apabila saya meng-uli tepung, Hannah pun sibuk mahu buat. 

Hannah: mak teh Hannah nak buat?
Mak teh: tak boleh, tangan Hannah kotor.
Hannah: Hannah nak basuh tangan(terus dia ke sinki, sambil mata masih menjeling ikan di dalam sinki). Mak teh, ikan ni hidup lagi ke?
Mak teh: ikan tu dah nak hidup dah. Sebab Hannah asyik tanya je:P
Sekelip mata, Hannah lari bertempiaran. Takutnya dia kalau ikan itu masih hidup. 
Alhamdulillah, bagus juga, tak ada la orang nak menyibuk lagi. Heheh..
Tetapi, selepas 10 minit, Hannah datang lagi.
Hannah menyibukkan diri di meja yang saya tinggalkan tepung tadi. Saya risau kalau dia main dengan tepung itu.

Mak teh: Hannah buat apa tu?
Hannah: shh..mak teh jangan banyak tanya...nanti ikan tu hidup balik semula.
Saya terpaku dengan kata-kata Hannah. Dalam hati bertanya, apa yang dah saya buat? Hannah serious ke atau dia mahu kenakan saya balik? Kalau Hannah serious, bermakna saya sudah menipu budak kecil ini. Kasihannya dia. Kalau Hannah sengaja mahu kenakan saya, adakah Hannah tahu yang dia sudah ditipu? Kalau Hannah tahu, bermakna saya dah ajar Hannah menipu. Ohh..tidak!! 

Sepatutnya, budak kecil ini diasuh dengan akhlak yang mulia, semulia akhlak nabi Muhammad S.A.W. Baginda tidak pernah berkata bohong, walaupun dalam keadaan yang terdesak. 


hannah dan bihah
                      
Dalam satu kisah, Rasulullah sedang membuat risikan sebelum berlakunya perang Badar. Rasullah dan seorang lagi sahabat bertembung dengan satu kafilah. Rasulullah bertanya kepada kafilah itu, dimana puak musyrikin dari Mekkah berada? Tetapi, kafilah itu meminta agar baginda memperkenalkan diri. Rasulullah S.A.W berkata, beritahu aku dulu, nanti aku akan khabarkan aku ini dari mana. Kemudian, kafilah itu mula menyatakan, kumpulan musyrikin Mekkah sudah bertolak pada waktu sekian-sekian, dijangkakan berada di sekian-sekian. Setelah selesai menceritakan beliau bertanya: "Dan siapa kamu berdua ini?". Jawab Rasulullah S.A.W: Kami ini dari "Ma" dengan itu Rasulullah S.A.W  terus beredar. "Syeikh tadi kehairanan memikirkan apakah dari "Ma" al-Iraq ?(atau "Ma" yang bererti air).Rasulullah menipu ke? tak pun. Memang Rasulullah datang dari "Ma" iaitu Madinah:) 


Jadi, ambillah iktibar daripada kisah Rasulullah. Tak baik menipu, terutamanya kepada budak kecil.


huda dan hannah


cinnamon kami dah siap!!
               








                      





Saturday, February 12, 2011

Kembara ke Hat Yai

Baru sahaja rasanya saya ke Kedah. Tiba-tiba cuti raya cina yang lepas, abang ajak kami sekeluarga ke Hat Yai,Thailand. Macam tidak mahu percaya sahaja. Kata abang, ramai kawan-kawan sekerjanya yang sudah sampai ke Hatyai. Mana tidaknya, untuk sampai ke Hat Yai dari Sungai Petani cuma mengambil masa 2 jam. 

Malam sebelum bertolak, saya on call. Saya tidak tahu pula abang Umar tidak akan ikut sama ke Thailand. Katanya mahu siapkan assignment. Apabila saya pulang ke rumah, abang Umar tiada, mungkin ke kedai mamak makan roti canai. Sementara tunggu kakak saya, kak ngah balik, kami ke kedai mamak untuk sarapan pagi. Di sana kami jumpa abang Umar. Dia kata tidak mahu ikut kerana perlu siapkan satu assignment. Dalam waktu yang singkat itu, saya tidak sempat memujuk abang Umar untuk ikut. Akhirnya kami pergi meninggalkan abang Umar sendirian di rumah. Kami hanya bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan Allah melindungi abang Umar. Memang sebelum-sebelum ini pun, Allah sentiasa menjaga dia. Allah...ampunkan kami atas kelalaian kami.

Ya, saya memulakan pengembaraan ini dengan hati yang tidak senang. Keadaan jalan raya agak sibuk. Ramai mengambil peluang cuti yang agak panjang ini untuk berjalan-jalan. Kami sampai di Sungai Petani pada waktu petang. Abang Long sudahpun menunggu kami di tepi highway. Kami meneruskan perjalanan ke Thailand.

Kami masuk ke Thailand melalui sempadan Padang Besar. Sesampainya di Hatyai kami makan malam di restoran Sami Kitchen. Bukan sahaja halal, semua makanan di sini sedap. Harga pun tidaklah terlalu mahal. Harga makan kami malam tu adalah 2000 baht, iaitu RM 200. Alhamdulillah..nikmatnya!Tapi sayangnya, tiada wifi di restoran ini. Jadi tiada seorang pun dapat check in foursquare di situ. Restoran itulah yang rugi. Kami tidak dapat promote restoran itu di foursquare. 





makan malam di Sami Kitchen

Selepas makan, kami terus ke hotel. Nama hotel ini ialah JB Hotel. Rate hotel ini tidaklah mahal sangat. Untuk satu bilik, harganya RM 140 satu malam, sekali dengan sarapan pagi untuk 2 orang. Lagi pun hotel ini menyajikan makanan halal. Ramai sangat pelancong dari Malaysia dan Indonesia yang menginap di hotel ini.

Sarapan pagi di Hotel JB
Di depan JB Hotel

Keesokan harinya, kami ke pasar dengan menaiki tut tut. Inilah kali pertama saya naik tut tut. Saya tidak pernah terfikir untuk menaiki pengangkutan awam yang dipanggil tut tut ini. Seronok!tetapi orang yang paling seronok tentulah anak-anak saudara saya. Apabila saya tengok keriangan mereka, teringat pula zaman kecil-kecil dulu. Ayah pernah bawa kami semua ke Melaka. Kami sangat seronok bila ayah beri peluang naik kereta lembu. Waktu itu, kami tinggal di Terengganu. Walaupun waktu itu ayah tidaklah banyak duit, tetapi ayah suka bawa kami jalan-jalan. Seronok sangat kalau ayah bawa kami ke KL atau mana-mana negeri lain. Terima kasih ayah! 


wajah-wajah riang kerana dapat naik tut tut

Abang long,pemandu pelancong yang berjaya

Sesampainya di pasar,masing-masing sibuk menilik barang-barang. Macam-macam ada di sini. Paling seronok, kita boleh tawar menawar harga di sini. Kalau tidak menawar harga,alamatnya kita lah yang rugi. Saya beli kasut baru di sini. Memang sudah lama saya mencari kasut yang selesa. Hari raya yang lepas, saya sudah pun beli kasut baru. Kononnya mahu beli kasut yang selesa, alih-alih saya beli kasut tumit tinggi. Memanglah selesa kasut tu, tapi kalau dah berdiri berjam-jam tu..sakit lah kaki.Itulah padah membeli mengikut nafsu,bukan mengikut keperluan. Tak mengapa,jadikan ini sebagai iktibar. Sekarang saya mahu beli kasut baru. Harga kasut yang saya baru beli ini ialah 380 baht. Tapi setelah tawar menawar, dapatlah 300 baht,iaitu RM 30. Memang selesa kasutnya. Apa ada pada jenama kan?
Bagi sesiapa yang datang ke pasar ini, anda wajib beli kacang gajus. Sedap sungguh!

pak cik coboy ni jual permainan kanak-kanak

Selepas penat membeli-belah,kami pun makan pulut ayam yang dijual oleh penjaja di depan pasar ini. Memang mudah untuk dapatkan makanan halal di sini. Rupa-rupanya ramai orang selatan Thai merupakan muslim. Pulut ayam ni ala-ala pulut gaul nyiur lah. Bezanya,kalau pulut gaul nyiur tu, orang Terengganu guna ikan. Tetapi yang kami jumpa di Thailand ni, mereka guna ayam goreng. Lepas tu, mereka tidak pakai nyiur. Tetapi mereka guna bawang goreng. Kesimpulannya, pulut ayam Thai ini lebih tinggi cholesterol.huhu...rosaklah program diet saya!



Pulut ayam

Sementara menunggu abang ngah dan mak membeli,kami didekati oleh seorang penjaja yang menjual apron.Pada mulanya,tiada siapa yang mempedulikan orang itu. Tapi orang itu tetap menunggu sambil berulang kali memberi tahu saya harga apron itu,iaitu 100 baht, untuk 3 apron. Saya tidak berminat untuk membeli sebab tidak pernah pakai apron untuk memasak. Tetapi,selesai sahaja mak membeli, mak menilik-nilik apron itu.Mak cakap, elok apron ini. Akhirnya mak beli apron itu. Peristiwa itu mengingatkan saya tentang lumrah hidup ini. Kadang-kadang kita terlalu cepat mengalah dalam mengajak orang ke arah kebaikan. Apabila orang itu tidak mahu menerima kata-kata kita, terus sahaja kita putus asa.padahal, hati manusia sentiasa boleh dilentur. Tidak kira sekeras mana pun hati orang itu. Batu pun boleh menjadi lekuk dek titisan air.

Kemudian kami naik tut tut untuk  ambil kereta di hotel. Destinasi seterusnya ialah floating market.
Kami sampai di floating market agak lewat petang. Meriah betul di sini. Selepas parking, kami menyusuri satu lorong untuk sampai ke floating market.
The exotic food

Di sepanjang lorong itu, terdapat macam- macam jenis makanan yang dijual. Termasuklah belalang goreng, ulat goreng dan bermacam -macam makanan pelik yang lain.

Ada juga souvenir dan pakaian dijual disini. Kami sangat berpuas hati dengan harganya. Sebelum pulang, kami beli air kelapa, ikan panggang dan ais krim. Makanan di sini bukan sahaja murah, tetapi setiap peniaga sangat kreatif untuk menjadikan barang jualan mereka nampak menarik. Kesungguhan mereka untuk berniaga memang patut dipuji.

Ais krim diletakkan di dalam mangkuk tanah liat

Ikan panggang diletakkan di dalam kerongsong daun ni

Air kelapa siap letak dalam buluh lagi..bagus kan?kurang pencemaran

Alhamdulillah..seronoknya pergi makan angin. Kalau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, nak pergi makan angin lagi.

Friday, March 26, 2010

Insan-insan berhati mulia

MasyaAllah...begitu ramai yang memberi sumbangan kepada tabung pemindahan buah pinggang abang long. Ada yang telah memberi sejumlah wang yang besar tetapi tidak diketahui namanya. Murninya hati mereka. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas mereka.

Tuesday, February 16, 2010

Pulang

Cuti ni agak panjang sebab raye cina. Sabtu, Ahad,Isnin dan Selasa. Wow!lumayan.Tapi sy spend banyak mase kat Putrajaya je sbb tak nak ikut family balik T'ganu.Banyak keje.konon. Tapi hakikatnya,byk keje tak jalan. Ish!takleh jadi ni. Kene buat sesuatu. Kenapa hari2 dibiarkan tanpa memperbaiki azam ye? Mungkin kurang sikap optimistik dalam diri seperti ade Baby Elephant Syndrom dlm diriku ini.

Baby elephant tu, mase kecilnya diikat dgn rantai besi pada sebatang pokok. Habis sedaya upaya die cube melepaskan diri tapi tak berjaya. Masa berlalu, baby elephant sudah pon besar, tapi dia tak lagi berusaha melepaskan diri sbb mind set nya sudah fix. Die percaya, walau mcm mane usaha pon pasti dia tak dpt lepaskan diri. Walhal, dgn badannye yg dah pon besar, dgn sekali sentap pon die boleh je membebaskan diri. Macam tu lah sy. Dari first posting sampai skrg ni, dah posting ke-7 dah, tak pernah2 dpt A. Dah rasa A tu adalah something yg impossible. Padahal, boleh je dpt A,kalau usha lebih lagi. Huhu...

(Surah Ar-Ra'du: Ayat 11)
Ertinya: Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan sebab perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala' bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya


Tapi takpelah, walaupun tak byk buat keje..ade hikmahnya sy stay kat Putrajaya cuti ni. Banyak luangkan mase dgn kwn yg sgt baik. Kwn sy ni tak balik Johor cuti nih. Banyak jugak yg boleh diteladani dan dicontohi bila berdampingan dgn die. Alhamdulillah...syukur padaNya krn telah mengurniakan sahabat.

Tapi biasela kan..semangat ni bukannya boleh tahan lama. Petang Isnin sy balik jugak umah lps family dah balik dari kampung. kuangkuangkuang!! hmm,spend time dgn mak mmg best. Tapi byk sgt citer yg tak sedap didengari. Whateverlah..yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan.

Sunday, August 16, 2009

Congratulation Kak Cik


Today is a meaningful day for Kak Cik and the whole family. It is Kak Cik's convocation day. The event held at Dewan Tunku Canselor of Univeriti Malaya. Since the hall is not full, all of us who came today(myself, nana, ayah and mak)were allowed to enter the hall. We sat in front, at the upper seat. Thus,we can see her climbing the stairs and take the scroll from the pro canselor. I am so proud of her. She has gone through mountain of obstacles and hardship to reach up to this level.Although I am taking the same course with her, my university contains a lot of kind hearted lecturers who always have mercy in helping the students pass in exam. They are willing to do anyting like extra classes and drill with questions to help us. Unless we ourselves who are not interested.Unlike my university, my sister has to struggle and work by her own to survive with the course in her university. Alhamdulillah, she made it. As what the canselor said:'selepas pelbagai kepayahan dan penat lelah ditempuhi,kini mereka boleh tersenyum puas dengan ijazah masing-masing'. During the ceremony, there are songs that they put in between courses. They are Sudirman song,'ayah dan ibu' and M.Nasir song,'Bonda'. The song really did shaken my heart and inspired me to study hard so that I can graduate successfully with MBBS degree like my sister. I want to make my parents proud of me too. InsyaAllah..after this I will be more serious in my studies. Everyone has potential to success so do I.
Allah says:We have indeed created man in the best of moulds (Holy Quran95:4).