Saturday, March 24, 2012

Hatim

Sudah 3 hari saya tidak ke ICU. Selalunya, setiap hari saya akan ke ICU untuk review patient medical yang dirawat di unit rawatan rapi(ICU). Tetapi, untuk 3 hari berturut-turut, tiada urusan yang memerlukan saya ke sana. 


Hari terakhir saya ke ICU, dia masih ada di situ. Terbujur kaku di katil no. 1, ICU 1. Orang yang saya maksudkan ialah Hatim. Hatim dimasukkan ke ICU selepas menjalani pembedahan craniectomy. Dia mengalami pendarahan dalam kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Setiap kali ke ICU, saya akan mengambil peluang itu untuk menziarahi Hatim. 


Benarlah...sesungguhnya kematian itu merupakan satu peringatan buat yang hidup. Semenjak Hatim dimasukkan ke ICU, usrah saya sering mengaitkan ujian yang dihadapi oleh Hatim dan keluarga dalam perbincangan kami. Ketika kami mebincangkan tajuk sabar, kami kaitkan dengan Hatim. Ketika kami mentadabur ayat Al-Quran berkaitan kematian, kami kaitkan dengan Hatim.  


Jujurnya, saya sudah desensitize dengan kematian, sejak menjadi doktor. Sudah tidak rasa apa-apa lagi. Saban hari, bila ada pesakit saya yang meninggal dunia, kami hanya bertanya serba-sedikit apa yang berlaku, kemudian meneruskan kerja-kerja kami...seperti biasa. Astaghfirullahalazim...


Mujurlah, hati ini tersentuh juga dengan pemergian Hatim kerana kami sering bercakap mengenainya di dalam usrah. Tambahan pula, usia Hatim lebih muda daripada saya. Kita selalu lupa akan mati kerana merasa diri kita muda. Walhal, kematian boleh menjemput sesiapa sahaja. Ya Allah..janganlah Kau matikan aku sebelum Engkau menerima taubat ku. 


Saya kongsikan ayat ini. Mudah-mudahan ia terkesan di hati anda semua..

Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. (Surah An-Nur ayat 64)



Esok, pasti saya akan ke ICU untuk morning round. Tetapi esok, pasti berbeza daripada selalunya. Tiada lagi Hatim di katilnya, tiada lagi kedengaran alunan ayat-ayat Al-Quran yang selalu dipasang oleh keluarga Hatim di ICU. Ya Allah..tempatkan Hatim bersama golongan orang-orang yang soleh. Amin.. 



Cerita sampingan:


Ada seorang staff nurse di ICU yang bertanya kepada saya, bagaimana saya boleh kenal dengan keluarga Hatim? Huhu..susahnya mahu jawab soalan tu. Hmm..rasa nak jawab je; "ouh, sebab Hatim tu ikhwah. Mak dan ayahnya pun ikhwah akhawat juga. Jom lah kak, join usrah". Tetapi saya tidak jawab begitu..belum ada kekuatan. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini yang lambat berdakwah. Bantulah kami...agar suatu hari nanti kami dapat mewujudkan usrah hospital. Amin..




2 comments:

  1. kullu nafsin za ikhatul maut
    tak perlu tunggu tua untuk bersedia dijemput ajal...

    ps: jom teruskan berdoa agar Dia beri kita kekuatan untuk sampaikan pada yg lain walaupun satu ayt..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ,moga profesion doktor jd jalan dakwah seorg DAIE ,jazakillah sahabat atas peringatan yg bermanfaat ~sama2 kita berusaha kearah amal ma'ruf nahi mungkar ^^,inshaAllah

    ReplyDelete