Sunday, August 26, 2012

Eid Mubarak!!


Takbir bergema..tanda tibanya aidilfitri dan berlalu lah sudah Ramadhan yang mulia..

Semoga kita menjadi hambaNya yang lebih baik, hasil daripada tarbiyah sepanjang bulan Ramadhan.

Taqabbalallahuminna waminkum..minal aidil walfaizin kepada semua. Di hari lebaran ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua...


Terima kasih Allah kerana mungurniakan saya nikmat yang begitu deras, terutamanya nikmat iman dan islam.

Terima kasih Rasulullah kerana telah membawakan agama fitrah ini sehingga sampai kepada saya tanpa perlu saya bersusah payah. 

Terima kasih emak dan ayah kerana telah banyak berkorban untuk kami semua adik beradik. Syukurnya mak dan ayah masih ada lagi di sisi. Tidak seperti dua pupu kami yang bari kehilangan ayah 2 hari sebelum raya. (Hari raya kedua, saya ikut mak dan ayah pergi ziarah sepupu ayah yang baru kematian suami. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah..Semoga Allah melindungi anak-anaknya yang masih kecil)

Terima kasih kepada tok yang sudi berhari raya di rumah kami pada tahun ini.

Terima kasih kepada kawan-kawan sekerja yang non-muslim yang telah bekerja keras di hospital sewaktu hari raya. Saya doakan agar mereka semua akan turut sama-sama merayakan Aidilfitri suatu hari nanti.

Terima kasih kepada L yang telah hantarkan saya ke airport waktu mahu pulang ke KL tempoh hari.

Terima kasih kak M kerana sudi ambil saya di airport waktu sampai Penang, mengajak saya beraya di rumah family kak M dan menghantar saya ke Sungai Petani di hari raya ke-2. Jazakillahu khairan kathira..Terima kasih kepada ibu kak M yang telah hidangkan masakan yang sangat sedap:-)

Terima kasih kepada akhawat di Sungai Petani yang mengajak saya datang beraya. Saya telah dapat semangat baru semasa ziarah rumah Sya di Ambangan Height. Terima kasih Sya kerana telah berkongsi cerita tentang akhawat yang merupakan HO di Sabah yang sangat bersemangat menggerakkan dakwah di sana. Saya sangat perlukan contoh-contoh sebegitu untuk menguatkan saya. Pada mulanya, kami bercakap tentang perlunya ketahanan fizikal dan mental untuk mengharungi tempoh housemanship...walaupun menjadi houseman itu susah, tidak ramai pun yang resign. Hanya segelintir. Tetapi ramainya yang gugur di jalan dakwah selepas menjadi houseman. Jazakillah..Sya..selamat kembali ke Rusia. Semoga kita dapat jumpa lagi..Rasa sedih pula berpisah dengan Sya..kenangan ber-Ramadhan bersama-sama di Khansa' akan terus terpahat hati.

Terima kasih kepada F, yang sudi mengajak kami ke rumah terbuka anda, gembira dapat kenalan baru(kawan-kawan sekolah F), dan juga dapat dengar perkongsian daripada teman-teman seperjuangan tentang posting-posting yang belum saya tempuhi. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada usrahmate,AR, kerana masakkan macam-macam untuk Kak Keenah..seronoknya berbuka puasa dan beraya di rumah AR!=)

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengenali diri ini kerana telah membantu saya dalam bayak perkara samada saya perasan atau tidak. Maafkan saya atas salah dan silap baik tuturkata atau perbuatan yang tidak disukai.


Alhamdulillah..dapat beraya bersama keluarga yang tersayang. 


Celebrating raya without 2 of them..buthappy for them sebab mereka dapat jadi tetamu Allah
     
Teknologi kan ada...

semua pakai baju baru dan cantik-cantik

Terima kasih mak..sebab masakkan hidangan yang sungguh special di hari raya

bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
credit to FOC photographer =P
bertindak sebagai orang dewasa yang memantau anak-anak saudara bermain bunga api;-)


~SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN~ 

Wednesday, August 22, 2012

Refleksi Ramadhan 2012

Ramadhan sudahpun pergi meninggalkan kita..

Ramadhan tahun ini jauh berbeza daripada Ramadhan tahun lepas atas sebab cabaran bekerja. Mudah-mudahan Allah terima amalan saya yang sedikit itu. huhu...

Marilah kita tingkatkan kesyukuran atas segala pemberiannya. Walaupun mungkin, pemberianNya itu dalam bentuk ujian. Bersyukurlah kerana ujian itu didatangkan di dalam bulan Ramadhan. Mudah-mudahan, dengan berkat Ramadhan, kita dapat lebih bersabar dan ganjarannya tentulah berlipat ganda berbanding di bulan-bulan lain. InsyaAllah..
Saya mahu mempunyai kesabaran sebagaiman sabarnya Rasulullah. Ketika dakwah Rasulullah ditolak di Taif, baginda telah berdoa;

" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaanMu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

Terima kasih ya Rasul, kerana kesabaranmu, aku dapat Islam tanpa perlu bersusah payah.

Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana memberiku peluang berada di dalam bulan Ramadhan ini. Terima kasih juga kerana Engkau telah hadirkan bersama-samaku akhawat yang osem. Siap buat video lagi nih. Sebaik-baik orang ialah orang yang baik dalam kerja-kerjanya. Terima kasih kepada mereka yang telah menghasilkan video yang osem ni..TERBAEKK!
Jazakillah.



Jom sama-sama berdoa, semoga Allah bagi kita kekuatan untuk kita istiqamah dalam amalan kita agar kita menjadi hambaNya yang Rabbani. Ameen.