Courmayeur
Kami telah ke Courmayeur pada hari kedua percutian di Itali. Courmayeur adalah salah satu kawasan pergunungan salji yang memang banyak terdapat di Itali ini. Bagi yang ingin bercuti disini, anda boleh memilih mana saja kawasan pergunungan yang memang banyak itu. Kami ke sana dengan menaiki kereta sewa. Alhamdulillah, perjalanan yang lancar mendapatkan kami sampai awal ke skytrek.
Apakah itu skytrek? Skytrek adalah perkhidmatan cable car yang kami gunakan untuk menaiki kawasan pergunungan salji di Courmayeur. Tiket untuk menaiki cable car ini adalah 48 euro untuk seorang. Bagi saya, tambang yang dikenakan sangat berpadanan dengan perkhidmatan yang diberikan. Dengan menaiki cable car ini, kami berpeluang untuk bermain salji sepuas hati di atas gunung. Pemandangan yang dapat dinikmati di atas gunung sungguh menakjubkan. Disamping itu, kemudahan yang disediakan oleh skytrek sangat bagus, seperti kemudahan wifi, toilet, kawasan pit stop yang bersih, membolehkan kami solat di situ. Menjelang petang barulah kami turun ke kaki gunung.
Kami telah bermalam di salah sebuah hotel di courmeyeur. Bayaran penginapan satu malam di situ adalah 130 euro, ia merupakan sebuah rumah kecil yang menyediakan 2 bilik, lengkap dengan dapur dan ruang makan yang sangat selesa. Keesokan harinya, kami menghabiskan masa bermain salji. Kami telah menyewa 2 papan luncur(sledge) dan bermain sampai puas. Alhamdulillah.
Lake Como
Kami telah meneruskan pengembaraan ke Lake Como. Subhanallah, sungguh indah pemandangan di sini. Kami telah tiba di bumi Allah ini pada 25 Disember. Oleh kerana penduduk tempatan sedang merayakan hari natal, kawasan ini sungguh lengang sewaktu kami tiba. Tidak banyak kedai yang dibuka. Kami juga tidak dapat menaiki cruise kerana perkhimatan cruise juga ditutup pada hari tersebut. Sungguhpun begitu, kami cukup berpuas hati kerana dapat duduk makan di tepi tasik sambil menikmati pemandangan yang indah.
Cathedral
Tidak sah rasanya jika bersiar-siar di kota Milan tanpa melawat Cathedral. Cathedral adalah satu pusat tumpuan pelancong yang menempatkan binaan gereja lama beserta monumen-monumen unik. Di sinilah letaknya Duomo, gereja yang kelima terbesar di dunia. Kami hanya meluangkan masa bersiar-siar di luar gereja sambil melihat-lihat keindahan seni bina bangunan di sini. Ada banyak burung merpati berterbangan di sebuah dataran luas yang dikepung oleh bangunan gereja yang mempunyai senibina indah. Terdapat ramai pelancong yang beratur untuk memasuki gereja. Di kawasan luar gereja terdapat banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan dan barang cenderamata. Di sinilah kami membeli keychain dan fridge magnet.
Terdapat sebuah kedai coklat di sini bernama, OD Store. Bermacam-macam jenis coklat ada dijual disini siap dengan packaging yang menarik. Sangat sesuai untuk dapatkan cederamata buat orang tersayang yang ditinggalkan di tanah air.
Rome
Destinasi seterusnya adalah Rome. Kami ke Rome daripada Milan dengan menaiki keretapi. Kerana masa kami yang singkat di sini, kami memilih untuk menggunakan pengangkutan bas hop on hop off. Kami tidak mahu mengambil risiko tersesat jalan dan sebagainya. Kami menghabiskan masa selama 2 hari penuh untuk sightseeing di bangunan-bangunan yang indah di Rome iaitu Collaseum, Roman Forum, Pantheon, Piazza di Spagna, Piazza Navona, Castel San't Angelo, Campo de Fiori dan lain-lain. Walaupun masa yang kami habiskan di Rome agak singkat, tapi ia sudah cukup memberi kepuasan kepada kami. Seperti tidak percaya, kami sudah sampai ke Rome!
Gambar diambil dari tingkat 2 Collaseum |
Pemandangan di dalam Collaseum yang menakjubkan |
Gambar dari luar Collaseum |
No comments:
Post a Comment