Saya baru sahaja menghadiri satu kursus intensif perbandingan agama. Kursus ini disampaikan oleh aktivis dakwah yang tidak asing lagi, iaitu Brother Shah Kirit. Brother Shah telah memeluk Islam pada tahun 1996. Diikutkan saya telah menganut Islam lebih lama daripada beliau iaitu sejak tahun 1987. Tapi, subhanallah...ilmu dan kefahaman beliau tentang Islam jauh lebih banyak daripada saya. Bagaimana boleh beliau yang tidak diasuh dari kecil dengan kehidupan beragama Islam menjadi lebih pandai tentang Islam?
Ini adalah kerana sebelum memeluk Islam, beliau telah mengenal kekufuran, kesyirikan. Maka, apabila hidayah sampai kepada beliau, kenikmatan iman yang beliau dapat itu, sangat-sangat beliau hargai. Sebaliknya, bagi kita yang lahir sebagai muslim ini, kita tidak kenal tantang kekufuran, kepelikan fahaman yang dianuti agama-agama lain. Sebab itu ramai muslim tidak menghargai nikmat iman dan Islam yang mereka ada. Maka, tujuan sebenar brother Shah memberitahu kami tentang semua agama lain adalah untuk menyedarkan kita semua bahawa kita beruntung kerana menjadi muslim. Bukan untuk kita menghina ajaran agama lain.
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
(Surah Al-An'am,ayat 108)
Tetapi tanggungjawab muslim itu berat. Seseorang muslim itu perlu menyampaikan agama Islam ini kepada seluruh umat manusia. Dalam erti kata lain, kita wajib berdakwah.
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada jalan Allah, mengerjakan kebajikan dan berkata,"Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)?”
(surah al-Fussilat,ayat 33)Maaf. Bukan kita tetapi saya wajib berdakwah. Tugas dakwah itu bukan ditujukan kepada sesuatu golongan atau kumpulan. Tetapi ia adalah tugas setiap individu muslim. Dalam ayat di atas, orang-orang yang berserah diri ditujukan kepada orang Islam. Bukankah kita yang telah menyerahkan diri kepada Allah? Kenapa kita tidak mahu menjalankan tugas kita sebagai hamba Allah?
Kita menjadi muslim dengan kaedah yang sangat mudah iaitu dilahirkan sebagai muslim. Kita tidak perlu mencari. Tetapi Allah sangat adil. Allah tidak akan mengganjari kita pahala yang sama dengan orang yang baru menerima Islam. Analoginya, jika kita menduduki peperiksaan, jika soalan peperiksaan itu mudah, tentulah pemeriksa akan lebih strik dalam memberi markah. Begitu jugalah kita. Allah tidak akan mudah memberi kita ganjaran kerana kita masuk Islam dengan cara yang mudah. Maka kita mestilah bekerja untuk agama Allah. Bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menegakkan agama Allah.
Dan jika kamu berpaling(dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan(durhaka)seperti kamu
(surah Muhammad,ayat38)
Sedihkan?jika Allah gantikan kita dengan orang lain. Maka sampaikanlah kerana itu adalah tanggungjawab kita.
(surah Muhammad,ayat38)
Sedihkan?jika Allah gantikan kita dengan orang lain. Maka sampaikanlah kerana itu adalah tanggungjawab kita.
No comments:
Post a Comment