SYUKUR alhamdulillah, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, budak yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki berusia 41 tahun akhirnya ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur kelmarin. Selepas dua minggu menjadi 'isteri' kepada Shamsuddin Che Derahman, Siti Nur kini boleh kembali ke pangkuan keluarga dan lebih penting, dapat meneruskan persekolahan seperti mana rakan-rakan sebayanya yang lain.-Utusan Malaysia,15 Mac 2010-
Memang benci bila ada yang menggunakan agama untuk buat benda terkutuk ni. Mana boleh samakan diri kita dengan nabi.
Sudahlah dalam era hari ini, umat Islam terpaksa menepis pelbagai bentuk penghinaan yang menyakitkan hati termasuk dalam kes kartunis Sweden, Lars Vilk yang menghina Nabi Muhammad SAW, muncul pula kes Shamsuddin yang berselindung di sebalik gerakan tabligh untuk memuaskan nafsu sendiri. -Utusan Malaysia,15 Mac 2010-
Sepatutnya kita orang Islam ni kenalah bela nabi atas fitnah yang orang kafir buat. Ini tidak, orang Islam sendiri yang cemarkan nama nabi dengan kononnya mengikut apa yang nabi buat.
Memang perlu ambil serious hal ni. Orang Islam mesti tahu sirah Rasulullah. Tahu kenapa Rasulullah berkahwin dengan isteri-isteri baginda. Ada satu kuliah best dari Imam Suhaib Webb. Tajuknya Mothers of Believers. Wajib untuk kita dengar kuliah ini supaya kita tidak salah sangka pada Rasulullah S.A.W.
Tidak adil untuk kita compare Rasulullah dengan culture kita sekarang. Walaupun Rasulullah berkahwin dengan Aisyah ketika Aisyah berusia 6 tahun, tetapi Rasulullah hanya tinggal bersama Aisyah apabila Aisyah berusia 9 tahun. Dan gadis berusia 9 tahun di zaman Rasulullah tidak sama dengan gadis 9 tahun zaman sekarang. Nenek kita pun rata-rata berkahwin pada usia 12 tahun. Jika 20 masih belum berkahwin, sudah dianggap andartu pada oleh masyarakat nenek kita. Kalau begitu, apatah lagi pada zaman Rasulullah.Tambahan pula, sebelum Rasulullah berkahwin dengan Aisyah lagi, Aisyah sudah pun bertunang dengan seseorang. Tetapi pertunangan itu dibatalkan kerana Abu Bakar memeluk Islam dan lelaki itu adalah musyrikin Quraisy. Jadi, jelas di sini bahawa berkahwin dengan gadis berusia 9 tahun adalah perkara yang norma di zaman Rasulullah.
http://www.youtube.com/watch?v=fkDXp3DZqmQ&feature=PlayList&p=206E1D06A74B1F29&index=0
Salam inah,
ReplyDeletethanks for the sharing.. nak dengar ni :)
inah ade soft copy die.kalau kak long nak,nanti inah burnkan dlm CD.boleh dengar dlm kete:)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekalau nak bubuh video youtube ke entry blogspot, enti tengok kat sebelah kanan atas vidoe kat youtube tu. situ ada tak satu URL nama "embed". enti copy url tu dan paste kan dalam entry ini. selamat mencuba :)
owh..tq ukhti,tapi video die byk sgt..baik terus ke you tube,play the whole playlist:)
ReplyDelete