Saya baru sahaja menjejaki usia 24 tahun. Alhamdulillah, mudah-mudahan usia yang bertambah bersesuaian dengan kematangan akal fikiran.
Seminggu sebelum hari lahir saya, saya telah berkesempatan menghadiri jemputan kahwin A, salah seorang kawan sekolah saya. Majlis diadakan di rumah A di Kuantan. Saya dan kawan-kawan sudah lama merancang untuk pergi bersama-sama.
First konvoi sagacious
Seronok sangat apabila dapat berjumpa semula sahabat-sahabat satu sekolah. Hati sangat terhibur melihat Z yang buat pelamin Ayu macam dia yang punya..R pula yang berlagak macam ibu pengantin:P
Setelah 7 tahun tidak berjumpa, masing-masing ada cerita tersendiri. Ada yang suka dan ada juga yang duka. Apabila berkongsi cerita, terasa sangat kebesaran Allah. Dia yang maha berkuasa menentukan qada' dan qadar setiap hambanya. Segalanya telah tertulis, dan kita sebagai hambaNya perlu terus tabah menghadapi pahit getir hidup di dunia yang hanya sementara ini.
N, kawan saya yang cute,sudah pun berjaya meneruskan pelajaran ke UM dalam bidang perubatan. Bukannya senang untuk dapat tawaran itu. Tetapi dia tidak lagi di dalam bidang itu atas sebab-sebab yang saya tidak pasti. Apa yang saya yakin, untuk membuat keputusan bertukar kursus di waktu itu, tentu tidak mudah. Kini N dalam semester akhir kursus Journalism. Dia sangat gembira dengan apa yang dia buat sekarang. Sejak dulu, N memang hebat menulis dalam bahasa inggeris. Jadi sesuai lah. Tidak lama lagi dia akan menjalani latihan sebagai wartawan dan kebetulan pada waktu itu pasukan bola sepak kegilaannya,West Ham akan datang ke Malaysia dan N akan berpeluang menemuramah pemain-pemain bola itu! Cuma satu yang menjadi kerisauan N, bimbang nanti dia akan pengsan semasa membuat temubual itu!hehe.N sangat comel. Nampak tak? Kita jangan fikirkan sangat kenapa sesuatu itu harus terjadi kepada kita, sebaliknya kita harus ambil yang positif daripada setiap apa yang berlaku. Pernah dengar tak analogy seekor lalat dan lebah?
Lalat itu kesukaannya adalah sampah sarap. Jadi tidak kira dimana pun ia berada,pasti sampah yang dia cari.Tidak kiralah di tempat secantik mana pun. Lain pula halnya dengan lebah. Sudah menjadi fitrah lebah, suka pada bunga-bunga yang harum. Tidak kira di tempat busuk mana pun dia berada,pasti lebah akan mencari bunga. Kesannya,lalat yang selalu mencari tempat kotor akan selalu memberi penyakit kepada manusia. Tetapi kalau kita lihat lebah, lebah akan menghasilkan madu yang memberi manfaat kepada manusia. Jadi, cubalah untuk menjadi lebah yang bukan sahaja berpandangan positif dalam apa jua situasi, tetapi turut juga memberi manfaat kepada orang lain.
Nak jadi lebah...atau,
nak jadi lalat?
Saya sangat bangga dengan kawan saya,N. Kata N, dia juga berminat untuk ke Palestin untuk membuat liputan. Saya ada cadangkan kepada N agar dia hasilkan blog berkenaan Palestin dalam bahasa Inggeris kerana belum ada blog yang hanya menulis tentang isu palestin semata-mata,seperti Palestin Kini, dalam bahasa inggeris. Mudah-mudahan suatu hari nanti N akan menjadi wartawan yang berjaya dan dapat juga memberi sumbangan kepada umat sejagat. Insyaallah..
Pertemuan kali ini sangat bermakna bagi saya. Selepas menghadiri majlis kahwin A, kami ke pantai..makan keropok lekor,ikan celup tepung, minum air kelapa sambil bersembang. Kemudian tidur bersama di homestay yang best. Semuanya mengembalikan kenangan zaman persekolahan, terutamanya ketika menonton televisyen bersama-sama.
Paling syahdu, ialah apabila kami solat malam dan berzikir memuji Allah bersama-sama. Kami lakukan semua ini dengan kerelaan sendiri. Berbeza dengan waktu di zaman persekolahan, semuanya perlu dipaksa. Malam itu, saya berdoa semoga Allah mengeratkan tali persaudaraan antara kami, agar persahabatan kami direhai Allah, agar kami bertemu dan berpisah hanya kerana Allah.
Selepas solat subuh kami ke pantai lagi. Seronok sangat dapat main bola selipar dan juga main musang dengan ibu ayam. Kenangan bermain di tepi pantai sebelum air pasang akan sentiasa terpahat dalam ingatan saya..menjadi kenangan yang terindah.
Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan pepisahan. Apabila berpisah dengan mereka, saya menanamkan azam dalam diri untuk lebih kerap mendoakan semua sahabat-sahabat saya. Semoga kami semua menjadi lebih tabah dalam menempuh apa pun cabaran hidup yang mendatang. Kepada A, semoga berbahagia dengan pasanganmu, binalah baitul muslim kalian ke arah menghasilkan generasi baru yang mempunyai fikrah islami...insyaallah.
~Selamat Pengantin Baru Ayu~
From all of us, the sagacious...with love.
Kepada sahabat-sahabat yang masih belum bertemu pasangan hidup, semoga cepat-cepat bertemu dengan jodoh yang baik. Andai ditakdirkan ada diantara kita yang tiada jodoh...usah gusar hai teman. Mudah-mudahan pengakhiran kita di akhirat kelak ialah syurga. Disana nanti kita akan ditemani bidadara. Insyaallah...sementara itu, kita harungilah hidup di dunia ini dengan hati yang sentiasa mengingati Allah. Mudah-mudahan hati akan menjadi tenang.
Pertemuan ini menyedarkan saya,betapa banyak masa telah berjalan. Namun, berapa banyak pula sumbangan saya kepada orang di sekeliling saya dan berapa banyak pula sumbangan saya kepada Islam. Kini, usia saya 24 tahun. Apa yang telah saya buat pada 23 tahun lepas? Usia yang masih muda tidak boleh dijadikan alasan untuk bermalas-malasan sebab nanti kita akan ditanya di akhirat kelak, dimana telah dihabiskan usia muda ini.
Pulang sahaja ke rumah, saya bersiap-siap untuk hari esok dengan semangat baru. Hidup harus diteruskan. Meskipun tempat pengajian saya terlalu bermasalah buat masa ini, saya tetap sayangkan kolej ini. Disini lah saya mengenal erti kehidupan dan menyedari peranan saya hidup di atas muka Bumi ini. Sekiranya Allah memanjangkan usia saya..saya mohon seluruh usia saya dapat dimanfaatkan untuk agama Islam..mohon dengan sangat Ya Allah..mohon dengan sangat...amin
hehe gembira kan!! alhamdulillah trip tu berjaya dan menggembirakan. semua puas hati =D
ReplyDeleteThanx Auz! Auz merupakan orang kuat yang menjayakan trip ni. Dari dulu sampai sekarang, Auz sentiasa ke depan. You go girl!!time kasih jugak kpd FB yang sangat memudahkan banyak urusan. Alhamdulillah...
ReplyDelete