Dia
mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang
kamu rahasiakan dan yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala
isi hati
(Surah At-Taghabun ayat 4)
(Dialah) Allah tidak ada Tuhan selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakkal kepada Allah saja.(Surah At-Taghabun ayat 14)
Kalam Allah sentiasa berjaya mengetuk pintu hati hamba-hambanya. Ia bagaikan memahami apa yang kita rasa. Di saat kita merasa putus harap, kalam Allah datang bagaikan memujuk hati kita.
Kita berusaha dalam segala macam hal dalam hidup kita. Sampai satu saat, kita tak mampu lagi berbuat apa-apa. Bukan sahaja kita tak boleh buat apa-apa dah, kita juga tak boleh berkata apa-apa lagi. Pada waktu tu, kita berserah bulat-bulat kepada Allah. Kita meletakkan pengharapan kepada Allah SWT. Bukankah Allah yang Maha Berkuasa boleh laksanakan apa sahaja. Bukankah Allah yang Maha Menentukan bisa menentukan bila sesuatu itu akan terlaksana.
Berdoalah kepadaNya. Mengadulah kepadaNya. Tiada tempat berharap selain Dia. Dia yang Maha Mengetahui apa sahaja yang ada di sekalian langit dan di bumi. Pandangan Allah menembusi ke dalam sanubari kita.
Teringat suatu perkongsian seorang saudara baru di radio IKIM tak lama dulu. Apabila ukhti tu ditanya apakah kenangan paling manis yang beliau pernah lalui sejak memeluk agama Islam. Jawabnya, kenangan paling manis adalah ketika mendapat tahu yang segala ujian yang Allah berikan, Allah sertakan dengan ganjaran berlipat ganda. Segala kekurangan kita di dunia ini, jika kita bersabar dengan kekurangan itu, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat kelak. Kata ukhti tu, sebelum ini, dia selalu bersedih dengan musibah, tetapi setelah beliau mengenal Allah, dia sentiasa gembira dan tenang. Subhanallah..sangat dahsyat iman saudara baru tu. Jika soalan yang sama ditujukan kepada saya, mungkin jawapan saya, kenangan manis adalah pergi jalan-jalan sana sini, jumpa orang ni, orang tu. Sungguh, jawapan spontan saudara baru tu, sangat-sangat menginsafkan saya.
Ada satu doa yang Rasulullah ajarkan kepada seorang sahabat. Doanya berbunyi...
Ya Allah bimbinglah akan daku atas mengingati Engkau dan bersyukur kepada Engkau dan beribadat dengan baik terhadap Engkau.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment