Malam sebelum 1 Ramadhan saya oncall. Kerap juga saya oncall dalam seminggu dua ni. Bagi saya, biarlah berlelah dahulu, asalkan dapat kurangkan oncall di malam-malam Ramadhan.
Ada 3 pesakit saya yang menemui ajalnya sewaktu saya bertugas. Ada pula seorang pesakit yang juga collapse dan hampir sahaja nyawa meregang dari jasad. Sebagai doktor, kematian itu sudah selalu terjadi di hadapan mata. Cuma, bila waktunya menjelang Ramadhan, sayu juga rasa hati ini melihat ada yang tidak sempat bertemu dengan Ramadhan.
Salah seorang pesakit saya meninggal itu adalah Mr Warburton yang merupakan lelaki inggeris berusia 95 tahun. Dia berada di wad sejak semalam lagi. Mr Warburton sudah setahun terlantar di rumah kerana tulang pahanya patah. Dia terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit disebabkan tulang patah itu. Dan kini, ubat tahan sakit yang dimakan secara berterusan itu telah menyebabkan ususnya berdarah. Keputusan Oesophagogastroduodenoscopy (OGDS) mengesahkan punca pendarahannya.
Pagi tadi, tiba-tiba dia tidak sedar. Tekanan darahnya jatuh mendadak. Kami telah melakukan intubasi untuk menyokong pernafasan beliau. Oleh kerana pendarahan di usus sangat teruk, ditambah dengan keadaannya yang lemah, isterinya tidak memilih untuk aktif resusitasi(NAR=not active resuscitation). Jadi,selepas ini, jika sekiranya ajalnya telah sampai, kami tidak akan melakukan cardiac pulmonary resuscitation(CPR).
Selang satu katil dari katil Mr Warburton, adalah En. Ab Aziz. Dia menghidap sakit buah pinggang. Dalam masa yang sama, dia terkena jangkitan kuman di paru-paru yang teruk sehingga ke tahap sepsis. Fungsi buah pinggangnya menjadi semakin merosot disebabkan sepsis. Pernafasan juga terjejas sehingga terpaksa menggunakan alat bantu pernafasan BiPAP.
Apabila menjelaskan keperluan haemodialysis kepada En Aziz, beliau enggan untuk menjalani haemodialysis. "En. Aziz, kalau tak buat dialysis malam ni, mungkin encik akan mati malam ni", jelas saya kepada beliau yang enggan untuk menjalani haemodialysis. "Biar saya mati", sahut En Aziz sambil tercungap-cungap. "En. Aziz nak mati sekarang?esok bulan Ramadhan En.Aziz...takkan tak nak jumpa Ramadhan, kami nak bantu encik ni", jawab saya dengan harapan beliau mengubah fikirannya. Serta merta mukanya berubah. Mungkin, dia pun baru teringat tentang itu.
Siapa yang tidak mahu bertemu Ramadhan, bulan yang mulia. Bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. "Kita buat dialysis malam ni ya En Aziz?, sekali lagi saya cuba mendapatkan persetujuan beliau. Dia hanya mengangguk tanda setuju. Setelah saya masukkan femoral catheter untuk tujuan urgent haemodialysis, beliau segera dihantar ke ICU.
Ketika saya dalam proses memasang femoral catheter untuk En Aziz sebentar tadi, Dr Nadia, junior saya, memaklumkan saya bahawa Mr Warburton telah meninggal dunia. Isterinya nampak begitu sedih tetapi sungguh tenang. Pada pengamatan saya, pasti mendiang merupakan seorang yang sangat baik hati. Disebabkan itu, isterinya telah menjaganya dengan begitu baik. Walaupun beliau sudah setahun terlantar, keadaan tubuh badannya bersih, tiada sacral sore, tiada masalah kulit. Saya tahu, bukan mudah untuk isterinya membuat keputusan untuk tidak melakukan aktif resusitasi ke atas suaminya. Hanya setelah melihat suaminya di intubate dan mustahil untuk melakukan OGDS sekali lagi, baru lah beliau menerima keadaan suaminya dan bersetuju untuk NAR.
Sesuatu yang membuatkan saya tersentuh adalah apabila mengisi burial permit mendiang, saya perlu menandakan agama mendiang. Tiada data tentang agamanya di dalam fail beliau. Maka, saya bertanya kepada isteri mendiang yang merupakan seorang wanita Cina berkerakyatan British tetapi berstatus Malaysia as second home. "Mrs Warburton, may I know his religion?", saya bertanya kepada isterinya dengan perlahan. "ya?", tanya nya kembali kerana soalan saya tadi kurang didengari. " Is he a Christian?", tanya saya lagi. "Yes. He is", jawabnya ringkas. Hati saya agak terusik ketika itu. Selama 95 tahun insan ini hidup, belumkah datang seseorang yang menyampaikan Islam kepada beliau..
Selepas jasad mendiang Warburton di bawa keluar dari wad menggunakan keranda, masuk pula seorang pesakit baru daripada red zone jabatan kecemasan. Pakcik yang berusia 75 tahun itu terbaring dengan separa sedar. Kelihatan dia bernafas dengan payah. Walaupun sudah diberikan high flow mask dengan jumlah oxygen 15L/min, dia masih 'gasping'. Ada wajah tidak puas hati di kalangan staff nurse ketika menerima pesakit. "Kata GCS full", terdengar staff nurse yang in charge katil berkenaan mengomel. Sekilas saya membelek nota pesakitnya. "DIL and NAR issued", kata saya kepada junior saya(houseman) dan staff nurse. Semua kembali tenang.
Saya dan houseman saya sama-sama mendapatkan history daripada keluarga pesakit. Rupa-rupanya pesakit ini sudah lama nazak di rumah. Tidak makan dan tidak berjalan. Tiba-tiba, pernafasannya menjadi laju setelah ahli keluarga menyuapkan makanan ke dalam mulut pesakit. Lalu dia tersedak dan susah bernafas. Jelas, pesakit ini baru sahaja terkena jangkitan kuman di paru-paru akibat makanan termasuk ke paru-paru, Aspiration Pneumonia. Disebabkan sudah tua dan keadaan sudah terlalu kritikal, pihak pegawai perubatan di jabatan kecemasan dan keluarga pesakit sudah sepakat untuk tidak melakukan intubasi/CPR sekiranya pesakit ini collapse.
Setelah habis membuat pemeriksaan dan menyenaraikan plan saya untuk pesakit baru ini, saya mendapat panggilan daripada kawan saya di wad sebelah. Ada pesakitnya collapse! Saya segera ke wad sebelah. Sesampainya saya di situ, Dr Nadia sudah pun menamatkan CPR pusingan pertama. Manakala Dr Hana sudah bersedia untuk melakukan intubasi.
" Dah bagi adrenaline ke?", tanya saya. "Dah bagi sekali",jawab SN. "Ok,bg lagi 1ampule IV adrenaline. Dalam pada mereka memasukkan ubat adrenaline tu, Dr Hana sudah pun memasukkan ETT tube. Segera saya memeriksa samada tiub itu masuk ke peparu atau ke perut. "Ok, in!", beritahu saya kepada mereka. Lantas, manual bagging dan CPR di teruskan.
Tiba-tiba, cardiac monitoring menunjukkan jantung sedang berdegup kencang, 240 degup seminit!Dan rima nya pula adalah ventricular tachycardia, sementara pulse, masih tiada. "Prepare gel, we need to shock her", kata Dr Stephanie. "Prepare IV Amiodarone 150mg in 500cc D5%", saya pula memberi arahan. "Ready to shock patient, I'm clear, everybody clear?", Dr Stephanie sudah bersedia untuk memberikan kejutan 200J kepada jantung pesakit. Semua melepaskan tangan daripada pesakit dan berganjak sedikit daripada katil. Kelihatan badan pesakit sedikit melambung setelah diberikan kejutan.
Lalu CPR di teruskan, buat sementara rima jantung belum dapat dibaca, jadi hare wire. Manakala kadar nadi masih mencecah 200. "Staff nurse, boleh infuse IV Amiodarone tu sekarang", beritahu saya kepada SN. Sebentar saya mencari carotid pulse nya di leher,"pulse present!".
Alhamdulillah, rima jantung nya kembali teratur. Kadar degupan jantung nya juga kembali normal, 99 degup seminit. "Blood pressure 180/90, SPO2:100%, I'm going call up anaest team now", kata Dr Stephanie.
Sewaktu dalam kekalutan tadi, ada staff nurse dari wad saya mencelah menunjukkan printed cardiac monitoring pesakit saya yang baru tiba di wad sebentar tadi. Cardiac monitoring nya menunjukkan straight line, tanda sudah tiada lagi degupan jantung. " I balik wad dulu ya Stephanie, ada patient I LO", kata saya kepada Dr. Stephanie. Kawan saya itu memandang saya serta merta. "NAR patient", sambung saya lagi. "Ohh, ok ok, u pergi lah..thank you for helping", kata Dr. Stephanie. " Welcome!", jawab saya sambil terus menuju ke wad saya.
Sesampainya saya di wad saya, burial permit sudah tersedia untuk saya isi. Saya menerangkan kembali punca kematian kepada keluarga pesakit, mereka nampak tenang dan dapat menerima pemergian ayah yang tersayang.
Begitulah kisah 1 malam sebelum Ramadhan yang dilalui oleh saya. Terkadang kita menjalani hari-hari kita tanpa merasakan betapa bertuahnya kita. Kita lupa betapa bertuahnya kita dapat bertemu dengan Ramadhan. Bulan yang menyamai seribu bulan....Bulan yang sangat mudah untuk kita mendapat pengampunan dosa....Bulan yang di dalam nya ada malam lailatul qadar.
Subhanallah..seandainya kita benar-benar tahu apa yang terkandung dalam bulan Ramadhan ini, pasti kita nak setiap hari dalam kehidupan kita adalah Ramadhan. Tapi, bulan ini hanya ada 30 hari. Jadi, sama-samalah kita meningkatkan motivasi untuk beramal sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari Ramadhan sebelum ini.
Jzkk kak keenah.. ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeletePeringatan utk saya untuk menghargai dan memanfaatkan ganjaran dipertemukan dengan bulan ramdhan..
sama-sama Sarah..yg dah lepas tu biarlah..kita masih ada separuh Ramadhan lagi ni..ayuh
Delete