Alhamdulillah...usrah hari ni best sangat. Pernah ke usrah jadi tak best?heheh..Saya suka pergi usrah. Sebab dalam usrah, ada peringatan. Peringatan itu satu keperluan manusia kerana manusia itu sifatnya lupa.
Hari ni, kami kupas kisah sahabat. Sahabat yang menjadi pilihan kali ini adalah Abdullah Ibn Makhtum.
Sebelum ini, saya tahu sikit2 tentang sahabat ini. Beliau ada dikaitkan dalam surah Abasa, tetapi nampaknya saya kurang teliti terhadap apa yang terkandung di dalamnya..huhu..
عَبَسَ وَتَوَلّىٰ
Dia memasamkan muka dan berpaling,
أَن جاءَهُ الأَعمىٰ
Kerana dia didatangi orang buta
Orang buta yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Abdullah Ibn Makhtum. Pada ketika itu, sewaktu beliau datang kepada rasulullah untuk mengikuti ajaran rasulullah, rasulullah sedang fokus untuk berdakwah kepada ketua-ketua kabilah, baginda tidak mengendahkan Abdullah Ibn Makhtum. Lalu, Allah menurunkan ayat ini untuk menegur Rasulullah..
وَما يُدريكَ لَعَلَّهُ يَزَّكّىٰ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)!
Begitu telitinya Allah, menegur Rasulullah dengan lembut,agar Rasullah tidak memasamkan muka terhadap Abdullah Ibn Makhtum. MasyaAllah..maka benarlah Al-Quran ini kalamullah, bukanlah daripada nabi.
Apabila baca ayat ini, terasa sangat. Allah menegur rasulullah dan kita juga, supaya tidak memasamkan muka walaupun terhadap orang buta. Ya lah, Abdullah Ibn Makhtum kan buta, manalah beliau nampak kalau rasulullah memasamkan muka kepada dia. Tetapi, tidak boleh begitu. Semua orang berhak mendapat perhatian kita.
Bila baca ayat ni, teringat saya kat seorang adik. Adik ni,dah lama saya contact(DF). Dia budak baik dan dia mahu jadi lebih baik..alhamdulillah. Maka, saya pun cuba untuk libatkan dia dalam aktiviti usrah untuk membantu dia menjadi seorang individu muslim yang lebih baik.
Tapi...setiap kali jumpa dia,saya buntu, tak tahu macam mana boleh tolong dia. Adik ni tinggal di asrama yang sangat ketat peraturannya. Tidak boleh keluar asrama selepas pukul 7 malam dan tidak boleh keluar hari hujung minggu. Jadi, susahlah untuk bawa adik ni untuk pergi usrah/daurah. Hanya ada satu cara, adik ini perlu mengajak kawan2 yang tinggal seasrama dengannya untuk berusrah. Jadi, bolehlah usrah dijalankan pada waktu siang. Tetapi, adik ini tak boleh menarik walau seorang pun kawannya. Katanya, tiada kawan-kawannya yang berminat untuk terlibat dalam aktiviti macam ni. Jadi, saya cuba untuk dapatkan beberapa lagi adik yang tinggal di asrama itu untuk join usrah. Entah mengapa, adik tadi, tidak mahu untuk berusrah bersama kawan-kawan seasrama dengannya. Katanya, tidak mahu identitinya diketahui oleh rakan-rakan. Saya tidak tahu apa cara boleh bantu adik ini lagi. Saya rasa, dia sudah salah faham tentang dakwah dan tarbiyah. Dakwah dan tarbiyah adalah untuk semua orang. Tidak boleh pilih-pilih sangat. Sampai satu masa, saya rasa putus asa. Di dalam kesibukan kerja saya, saya tidak lagi mempedulikan adik itu. Apabila dia telefon, saya tidak jawab. Astaghfirullahalzim..memang saya sudah abaikan dia. Sebab itu, apabila baca surah Abasa ni, terasa juga sebenarnya..
Mungkin saya sudah tersilap. Adik itu begitu mentah. Mungkin saya hanya perlu memperbetulkan salah faham dia tentang sunnah nabi yang satu ini. Usrah bukan untuk orang tertentu sahaja. Kita mesti mengajak semua orang untuk menyertainya. Lagipun, saya pun selalu juga pilh-pilih orang untuk menyampaikan kebaikan. Tetapi saya tidak sedar..Selepas baca ayat ini, baru saya sedar. Terima kasih Allah atas peringatan ini.
Jom kita balik semula pada cerita Abdullah Ibn Makhtum yang hebat ini..Abdullah Ibn Makhtum telah dihantar oleh rasulullah S.A.W untuk menyampaikan dakwah di Madinah ni. Beliau dan Mus'ab bin Umair telah menyampaikan risalah nabi di bumi Madinah dengan jayanya. Sampaikan, orang-orang Madinah telah beriman sebelum rasulullah tiba di Madinah. Sehinggakan, mereka begitu teruja dan menanti-nanti kehadiran rasulullah ke Madinah. Sahabat saya cerita, Abdullah Ibn Makhtum dan Mus'ab bersungguh-sungguh berdakwah di Madinah. Sehingga tidak ada satu rumah pun di Madinah yang tidak diketuk oleh mereka.
Saya berdoa, mudah-mudahan Allah beri kekuatan kepada saya dan sahabat2 saya yang saya sayangi, untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini yang menjalankan tugas sebagai khalifah iaitu untuk beribadah dan berdakwah. InsyaAllah..
p/s: baru-baru ini ada anak usrah sahabat seperjuangan yang dtg sini utk buat elective course selama 1 bulan di SP. Mereka belajar di Sabah. Di Sabah, mereka usrah dgn sahabat saya yang juga merupakan HO di Sabah. MasyaAllah. Semua orang sedang buat kerja-kerja dakwah di luar sana. Siapa yang tidak peduli, dia lah yg rugi. Islam akan bangkit suatu hari nanti. Allahuakbar!!
No comments:
Post a Comment