Sunday, December 20, 2009

al-Wahhab


Saya baru pulang dari Johor Bahru. Melawat nenek di sana. Cuti awal Muharam digunakan untuk menziarah nenek yang tinggal sendiri di JB bersama seorang pembantu rumah. Walaupun tinggal sendiri di rumahnya, ramai makcik2 saya yang menetap di JB yang selalu menengok-nengok Tok. Cuma kami yang tinggal di KL yang jarang jenguk Tok.

Alhamdulillah...Tok sihat, cuma kakinya sakit. Sengal2 katanya. Mata pun dah mula kabur. Tak bawak pulak pen torch ngan opthalmoscope. Kalau tak boleh examine mata Tok. Jadi tak tau lah Tok ada degenerative cataract ke..glaucoma ke..atau refractive error. Terkilan juga rasanya tak dapat mempraktikkan ilmu Opthalmology yang baru dipelajari. Pendengaran Tok pulak makin kurang. Jadi, susah sangat nak berkomunikasi, terpaksa tinggikan suara kat cuping telinga Tok. Sebabkan tu..saya tak banyak berborak dengan Tok.

Bila sekali-sekala menziarah Tok, terfikir pula saya, apa akan jadi nanti bila ayah dan mak menjangkau usia senja. Mampukah saya dan adik-beradik saya menjaga mak dan ayah sebaik mungkin?Dari mula mengenal dunia hingga ke hari ini mak dan ayah tak henti-henti memberi. Siapa yang memercikkan sifat memberi mak dan ayah itu?Dia adalah al-Wahhab, Yang Maha Memberi. Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari JB, saya membaca buku 'Aku terima Nikahnya' yang ditulis oleh Hasrizal Abdul Jamil. Saya ingin memetik satu part dalam dalam bukunya yang sangat reflect pada diri saya yang jarang mengenang sifat memberi mak dan ayah. Menurut penulis, sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah percikkan sifat ini kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Mereka terus memberi kasih sayang kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

2. Memberi secara berulang-ulang. Allah tak jemu memberi nikmat kepada hambanya. Sifat ini ditempiaskan kepada ayah dan mak yang tak pernah jemu memberi. Semasa masih bayi diberinya susu, bila dah besar sentiasa menyediakan makan dan minum untuk anak-anak.

3. Memberi tanpa diminta. Allah memberi tanpa perlu diminta. Diberikan-Nya kepada kita rupa yang cantik tanpa perlu kita minta. Diberikan-Nya kita sahabat yang menjadi teman perjuangan mencapai cita-cita. Diberikan-Nya nikmat ibu bapa yang beriman. MashaAllah..besarnya pemberian mu Ya Rahman. Sifat inilah yang Allah tanamkan dalam diri mak dan ayah. Tanpa diminta, mak mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi kasih dan sayang terhadap anak tanpa perlu diminta.

4. Memberi sesuatu yang sangat berharga. Allah tidak mengurniakan kita dengan perhiasan-perhiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, daripadanya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung. Peluang demi peluang diberikan sehingga sampai satu masa pintu taubat itu Dia tutup ataupun kita menutupnya sendiri. Sifat ini Allah limpahkan kepada ayah dan mak. Maka ayah dan mak memberikan kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang saling bercinta. Kasihnya mak membawa ke syurga,kasihnya ayah selama-lama.

5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Al-Wahhab memberi banyak kebaikan kepada kita agar dengan kebaikan itu, kita sambut dengan syukur dan taat lalu kita berkhidmat kepada semua insan. Diberikan-Nya duit agar kita bersedekah, diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik agar dengannya kita berbuat baik. Maka saya berpesan pada diri ini untuk berbakti kepada semua insan terutama insan yang benama mak dan ayah.

Dengan sifat al-Wahhab Allah, diberikan-Nya mak dan ayah perasaan kasih dan sayang tanpa syarat kepada anak-anak. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihaniku tanpa syarat, mengampuniku tanpa syarat. Kerana kalau adalah syarat Allah, terlalu besar kot untuk diriku sebagai hamba-Nya yang lemah, menyahut syarat tu.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu-bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih-sayang-Mu sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil"

Sebagaimana penulis buku tu, aku juga ingin peluk dan cium ayah dan mak atas hatinya yang begitu...

No comments:

Post a Comment