Monday, December 28, 2009
Arkanul Bai'ah
“Rukun Bai’at Kita ada sepuluh, maka jagalah!”-Imam Syahid Hasan Al Banna
1. Faham.
memahami agama Islam dengan benar dan komprehensif.
2. Ikhlas
Ikhlas kerana Allah dalam beramal untuk Agama
3. Al ‘Amal: beramal demi agama ini dengan memperbaiki diri sendiri, rumah tangga Muslim, masyarakat, pemerintahan dan seterusnya.
4. Jihad
Definisi jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan Allah dan tak takut kepada celaan. Jihad boleh dibahagi kepada 2. Jihad umum dan jihad khas. Bersesuaian dengan kita di bumi Malaysia ni ialah jihad umum, jihad dalam kehidupan seharian. Setiap orang dikurniakan kelebihan yang boleh digunakan untuk jihad. Sebagai contoh Zaid B. Harithah belajar bahasa Yahudi untuk berdakwah . Apa yang penting? jangan malas. Allah mencela sikap malas dalam surah At-Taubah ayat 38.
5. Pengorbanan(At Tadhliyyah)
Dalam menjalankan dakwah, perlu ada pengorbanan. Contohnya, berkorban masa dan duit. Kita disibukkan dengan dakwah, tapi insyaAllah,banyak rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Bila kita terlepas program, sepatutnya kita berasa rugi. Kita patutnya mencontohi semangat Anas B. Nadhir yang pernah berkata kalau nanti ada lagi perang, lihatlah apa yang akan aku lakukan. Dan beliau telah menepati janjinya dalam perang seterusnya. So, janganlah biar sisa waktu kita sahaja yang mendapatkan kita datang program.
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآَنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar”. (AT-Taubah:111)
6. Taat
melaksanakan perintah, baik dalam keadaan sulit maupun mudah, dalam keadaan berat maupun ringan, sepanjang tidak dalam rangka maksiat kepada Allah.
7. Teguh(Thabat)
Ada 2 unsur kekuatan. Basirah dan tekad. Tanpa keteguhana dalam diri, susah nak bezakan syubhah dan haram
8. At Tajarrud: membersihkan diri dari pemikiran yang bertentangan dengan pemikiran Islam dan dari setiap orang atau teman yang memisahkan antara seorang Muslim dengan loyality kepada agamanya.
9. Ukhuwwah
pengikatan hati dan jiwa dengan ikatan aqidah.apabila hati telah diikat dengan sahabat-sahabat seperjuangan, maka sahabat inilah yang akan mengingatkan kita pada akhirat. Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan(kepada orang Muhajirin)mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan rezeki(nikmat)yang mulia.(surah Al-Anfal)
. maka amal jamai'e mestilah dititikberatkan.
10. Tsiqah
Kemantapan hati dalam mengontrol perbuatan demi Islam sesuai dengan kaidah Islam yang mengatakan,” tidak ada ketaatan dalam bermaksiat kepada Khalik.”
-mukhayyam khoriji'09-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment