Sunday, December 16, 2012

Palestin, kami prihatin!!

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...masih bernafas di atas muka Bumi dengan limpah nikmat kurniaan Allah yang terlalu banyak.
Salah satu daripada nikmat yang Allah beri ialah kehadiran sahabat-sahabat yang sentiasa mendambakan cinta Allah...sentiasa mahu membuat kebaikan di dunia sementara ini....sentiasa mengingatkan kawan-kawan yang lain tentang peranan kita sebagai khalifah di muka Bumi ini.

Satu bulan yang lalu, saya terima satu mesej....
salam kwn2 cucms hsah... hahaha.. korg apa khabar? sihat? Aku nk ajak buat program jom. tp bukan sunathon or medical check up. tp program utk kutip dana utk gaza. rasa restless dan useless gilergh tak menyumbang apa2... jom buat apa2.. tabung kilat ke, program kesedaran ke... duit tu kita salurkan ke aqsa syarif.. jom2... 
Allah jua lah yang mangilham yang sebegitu, Allah jualah yang mengizinkan segala apa yang terjadi.
Insya Allah, akan berlangsung di Hospital Sultan Abdul Halim(HSAH), minggu palestin yang dinamakan 'Palestin, kami prihatin'. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Badan Penerapan Nilai Islam HSAH dan Aqsa Syarif ini akan bermula daripada 18-30 December 2012.

Jom sama-sama kita jayakan projek ini. Semoga usaha kita yang kecil ini dapat memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat di sekeliling kita. biiznillah..in sya Allah.

Monday, October 29, 2012

Mari merencana

Alhamdulillah..hari ni sempat tilawah beberapa potong ayat Quran yang best...

'Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.'
(Surah Al-Anbiya' ayat 87)'

'Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).'
(Surah Al-anbiya' ayat 88)'

'Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi'
(Surah Al-anbiya' ayat 89)'

'Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.'
(Surah Al-Anbiya' ayat 90)'

Ayat-ayat Allah jelas mengkhabarkan segala kukuasaanNya. Allah berhak mentakdirkan segalanya. Takdir Allah itu sesuatu yang misteri. Jodoh kita, rezeki kita, jalan hidup kita; semuanya adalah misteri takdir. Dalam pada itu, Allah beri kesempatan untuk kita mencitakan dan merencanakan kehidupan. Kalau takdir Allah tidak misteri, mana datangnya motivasi untuk kita mengejar cita-cita?

Kemudian Allah suruh kita berdoa.
Hati saya bergetar bila membaca ayat-ayat daripada surah Al-Anbiya' tersebut. Betapa mereka meletakkan sepenuh harapan pada Allah bila berdoa. Mereka itu orang yang bersegera dalam mengerjakan kebaikan. Mereka itu khusyuk kepada Allah. Kita? Tidak cukupkah bukti kebesaran Allah. Sehingga kita tak mahu minta padaNya?Kalau minta pun, sungguh-sungguh kah kita?Kalau kita sungguh-sungguh dalam doa mengapa masih ingkar pada perintahnya? Mengapa lalai dalam mengerjakan ketaatan padaNya?(Peringatan untuk diri sendiri. Agar tak putus-putus berdoa)

Ya Rahman,ajarkan kami untuk tiada pernah putus asa dari kasihMu,ajarkan kami untuk sentiasa berharap yang terbaik dariMu,ajarkan kami untuk berani bercita-cita dan merencanakan hidup yang indah bersama orang-orang mulia. Amin..

Sunday, August 26, 2012

Eid Mubarak!!


Takbir bergema..tanda tibanya aidilfitri dan berlalu lah sudah Ramadhan yang mulia..

Semoga kita menjadi hambaNya yang lebih baik, hasil daripada tarbiyah sepanjang bulan Ramadhan.

Taqabbalallahuminna waminkum..minal aidil walfaizin kepada semua. Di hari lebaran ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua...


Terima kasih Allah kerana mungurniakan saya nikmat yang begitu deras, terutamanya nikmat iman dan islam.

Terima kasih Rasulullah kerana telah membawakan agama fitrah ini sehingga sampai kepada saya tanpa perlu saya bersusah payah. 

Terima kasih emak dan ayah kerana telah banyak berkorban untuk kami semua adik beradik. Syukurnya mak dan ayah masih ada lagi di sisi. Tidak seperti dua pupu kami yang bari kehilangan ayah 2 hari sebelum raya. (Hari raya kedua, saya ikut mak dan ayah pergi ziarah sepupu ayah yang baru kematian suami. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-fatihah..Semoga Allah melindungi anak-anaknya yang masih kecil)

Terima kasih kepada tok yang sudi berhari raya di rumah kami pada tahun ini.

Terima kasih kepada kawan-kawan sekerja yang non-muslim yang telah bekerja keras di hospital sewaktu hari raya. Saya doakan agar mereka semua akan turut sama-sama merayakan Aidilfitri suatu hari nanti.

Terima kasih kepada L yang telah hantarkan saya ke airport waktu mahu pulang ke KL tempoh hari.

Terima kasih kak M kerana sudi ambil saya di airport waktu sampai Penang, mengajak saya beraya di rumah family kak M dan menghantar saya ke Sungai Petani di hari raya ke-2. Jazakillahu khairan kathira..Terima kasih kepada ibu kak M yang telah hidangkan masakan yang sangat sedap:-)

Terima kasih kepada akhawat di Sungai Petani yang mengajak saya datang beraya. Saya telah dapat semangat baru semasa ziarah rumah Sya di Ambangan Height. Terima kasih Sya kerana telah berkongsi cerita tentang akhawat yang merupakan HO di Sabah yang sangat bersemangat menggerakkan dakwah di sana. Saya sangat perlukan contoh-contoh sebegitu untuk menguatkan saya. Pada mulanya, kami bercakap tentang perlunya ketahanan fizikal dan mental untuk mengharungi tempoh housemanship...walaupun menjadi houseman itu susah, tidak ramai pun yang resign. Hanya segelintir. Tetapi ramainya yang gugur di jalan dakwah selepas menjadi houseman. Jazakillah..Sya..selamat kembali ke Rusia. Semoga kita dapat jumpa lagi..Rasa sedih pula berpisah dengan Sya..kenangan ber-Ramadhan bersama-sama di Khansa' akan terus terpahat hati.

Terima kasih kepada F, yang sudi mengajak kami ke rumah terbuka anda, gembira dapat kenalan baru(kawan-kawan sekolah F), dan juga dapat dengar perkongsian daripada teman-teman seperjuangan tentang posting-posting yang belum saya tempuhi. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada usrahmate,AR, kerana masakkan macam-macam untuk Kak Keenah..seronoknya berbuka puasa dan beraya di rumah AR!=)

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengenali diri ini kerana telah membantu saya dalam bayak perkara samada saya perasan atau tidak. Maafkan saya atas salah dan silap baik tuturkata atau perbuatan yang tidak disukai.


Alhamdulillah..dapat beraya bersama keluarga yang tersayang. 


Celebrating raya without 2 of them..buthappy for them sebab mereka dapat jadi tetamu Allah
     
Teknologi kan ada...

semua pakai baju baru dan cantik-cantik

Terima kasih mak..sebab masakkan hidangan yang sungguh special di hari raya

bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
credit to FOC photographer =P
bertindak sebagai orang dewasa yang memantau anak-anak saudara bermain bunga api;-)


~SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN~ 

Wednesday, August 22, 2012

Refleksi Ramadhan 2012

Ramadhan sudahpun pergi meninggalkan kita..

Ramadhan tahun ini jauh berbeza daripada Ramadhan tahun lepas atas sebab cabaran bekerja. Mudah-mudahan Allah terima amalan saya yang sedikit itu. huhu...

Marilah kita tingkatkan kesyukuran atas segala pemberiannya. Walaupun mungkin, pemberianNya itu dalam bentuk ujian. Bersyukurlah kerana ujian itu didatangkan di dalam bulan Ramadhan. Mudah-mudahan, dengan berkat Ramadhan, kita dapat lebih bersabar dan ganjarannya tentulah berlipat ganda berbanding di bulan-bulan lain. InsyaAllah..
Saya mahu mempunyai kesabaran sebagaiman sabarnya Rasulullah. Ketika dakwah Rasulullah ditolak di Taif, baginda telah berdoa;

" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaanMu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"

Terima kasih ya Rasul, kerana kesabaranmu, aku dapat Islam tanpa perlu bersusah payah.

Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana memberiku peluang berada di dalam bulan Ramadhan ini. Terima kasih juga kerana Engkau telah hadirkan bersama-samaku akhawat yang osem. Siap buat video lagi nih. Sebaik-baik orang ialah orang yang baik dalam kerja-kerjanya. Terima kasih kepada mereka yang telah menghasilkan video yang osem ni..TERBAEKK!
Jazakillah.



Jom sama-sama berdoa, semoga Allah bagi kita kekuatan untuk kita istiqamah dalam amalan kita agar kita menjadi hambaNya yang Rabbani. Ameen.

Monday, June 25, 2012

Hari kemenangan

Alhamdulillah..thumma alhamdulillah..thumma alhamdulillah...
Hari ini merupakan hari yang sangat best. Saya senyum meleret sahaja..
dalam hati menyanyi riang...

Dua perkara best telah berlaku hari ini...

Yang pertama, saya akan dapat menyertai mukhayyam pada hujung minggu ini!
:-)/\:-) high five ~^o^~ cheer

Alhamdulillah...sebelum ini, saya memang sudah tak nampak jalan bagaimana harus saya berbuat untuk mendapatkan cuti pada hari tersebut.

Pada hari tersebut, saya sepatutnya bekerja double shift. Fuhh!memang cabaran untuk bertukar shift dengan kawan sekerja. Daripada mula-mula mendapat tahu ada mukhayyam, saya cuba untuk mencari mana-mana kawan sekerja yang boleh bertukar shift dengan saya, tapi hampa. Saya sudahpun berputus asa..dan menganggap mungkin Allah tidak pilih saya untuk ke program itu. Saya sudah pasrah. Tetapi, pertolongan Allah datang daripada punca yang tidak disangka-sangka...Salah seorang kawan saya menghidap Pneumonia(jangkitan kuman di paru-paru). Dia dapat 5 hari mc disebabkan penyakitnya itu. Oleh kerana itu, jadual kami terpaksa diubahsuai demi memastikan ada yang dapat menggantikan kawan saya itu,apabila dia perlu buat double shift. Bermula daripada situ lah sinar harapan itu terbit. Akhirnya saya dapat buat shift pagi dan petang sebelum ke mukhayyam. Jadi, saya ada satu hari off. Bolehlah saya berada di program untuk 1 hari penuh..n_n

Perkara kedua yang menggembirakan saya pada hari ini ialah...Dr. Morsi udah menang pilihanraya di Mesir. Allahuakbar...

Dr. Morsi, pemimpin Mesir
Pemimpin yang akan berjuang untuk menegakkan syariah Islam sudahpun diangkat sebagai pemimpin di negara Mesir. Beliau merupakan seorang yang hafal Al-Quran, isterinya pula menutup aurat. Tidak seperti pemimpin di negara-negara Islam yang lain. 

cantiknya isteri perdana menteri ni

Ya Allah..sesungguhnya suatu hari nanti Islam pasti akan tertegak di atas muka bumi ini. Engkau golongkanlah aku dalam golongan orang yang berjuang untuk itu. Kuatkan aku, tunjukkan aku jalan yang benar, dan tetapkanlah aku di jalan yang lurus sehingga nafasku yang terakhir. Amin..


Ayat Al- quran yang saya baca hari ini juga sangat sesuai dengan apa yang berlaku hari ni...
Surah Fatir( ayat 15-17):

يٰأَيُّهَا النّاسُ أَنتُمُ الفُقَراءُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَاللَّهُ هُوَ الغَنِىُّ
الحَميدُ
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

إِن يَشَأ يُذهِبكُم وَيَأتِ بِخَلقٍ جَديدٍ
Jika Dia mahu, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru.

وَما ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزيزٍ
Dan (perlaksanaan) yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah

Semoga Allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayah kepada kita semua...dan Allah tidak menggantikan kita dengan orang lain.

Sunday, June 24, 2012

Surat


To : Kinah

Life is an open folder...
we can fill in as we wait...
you decide what is in it
and when you want to take it
biiznillah

MM

To: MM

Thank you :-)

Love,
Kinah

Tuesday, June 12, 2012

Instagram

Sekarang saya sedang develop skill photography. Ha..gambar ni baru je ambil petang tadi, sementara tunggu sahabat-sahabat=)

Thursday, June 7, 2012

Abdullah Ibn Makhtum

Alhamdulillah...usrah hari ni best sangat. Pernah ke usrah jadi tak best?heheh..Saya suka pergi usrah. Sebab dalam usrah, ada peringatan. Peringatan itu satu keperluan manusia kerana manusia itu sifatnya lupa.

Hari ni, kami kupas kisah sahabat. Sahabat yang menjadi pilihan kali ini adalah Abdullah Ibn Makhtum.
Sebelum ini, saya tahu sikit2 tentang sahabat ini. Beliau ada dikaitkan dalam surah Abasa, tetapi nampaknya saya kurang teliti terhadap apa yang terkandung di dalamnya..huhu..

عَبَسَ وَتَوَلّىٰ
Dia memasamkan muka dan berpaling,

أَن جاءَهُ الأَعمىٰ
Kerana dia didatangi orang buta

Orang buta yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Abdullah Ibn Makhtum. Pada ketika itu, sewaktu beliau datang kepada rasulullah untuk mengikuti ajaran rasulullah, rasulullah sedang fokus untuk berdakwah kepada ketua-ketua kabilah, baginda tidak mengendahkan Abdullah Ibn Makhtum. Lalu, Allah menurunkan ayat ini untuk menegur Rasulullah..

وَما يُدريكَ لَعَلَّهُ يَزَّكّىٰ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)!

Begitu telitinya Allah, menegur Rasulullah dengan lembut,agar Rasullah tidak memasamkan muka terhadap Abdullah Ibn Makhtum. MasyaAllah..maka benarlah Al-Quran ini kalamullah, bukanlah daripada nabi.

Apabila baca ayat ini, terasa sangat. Allah menegur rasulullah dan kita juga, supaya tidak memasamkan muka walaupun terhadap orang buta. Ya lah, Abdullah Ibn Makhtum kan buta, manalah beliau nampak kalau rasulullah memasamkan muka kepada dia. Tetapi, tidak boleh begitu. Semua orang berhak mendapat perhatian kita.
Bila baca ayat ni, teringat saya kat seorang adik. Adik ni,dah lama saya contact(DF). Dia budak baik dan dia mahu jadi lebih baik..alhamdulillah. Maka, saya pun cuba untuk libatkan dia dalam aktiviti usrah untuk membantu dia menjadi seorang individu muslim yang lebih baik.
Tapi...setiap kali jumpa dia,saya buntu, tak tahu macam mana boleh tolong dia. Adik ni tinggal di asrama yang sangat ketat peraturannya. Tidak boleh keluar asrama selepas pukul 7 malam dan tidak boleh keluar hari hujung minggu. Jadi, susahlah untuk bawa adik ni untuk pergi usrah/daurah. Hanya ada satu cara, adik ini perlu mengajak kawan2 yang tinggal seasrama dengannya untuk berusrah. Jadi, bolehlah usrah dijalankan pada waktu siang. Tetapi, adik ini tak boleh menarik walau seorang pun kawannya. Katanya, tiada kawan-kawannya yang berminat untuk terlibat dalam aktiviti macam ni. Jadi, saya cuba untuk dapatkan beberapa lagi adik yang tinggal di asrama itu untuk join usrah. Entah mengapa, adik tadi, tidak mahu untuk berusrah bersama kawan-kawan seasrama dengannya. Katanya, tidak mahu identitinya diketahui oleh rakan-rakan. Saya tidak tahu apa cara boleh bantu adik ini lagi. Saya rasa, dia sudah salah faham tentang dakwah dan tarbiyah. Dakwah dan tarbiyah adalah untuk semua orang. Tidak boleh pilih-pilih sangat. Sampai satu masa, saya rasa putus asa. Di dalam kesibukan kerja saya, saya tidak lagi mempedulikan adik itu. Apabila dia telefon, saya tidak jawab. Astaghfirullahalzim..memang saya sudah abaikan dia. Sebab itu, apabila baca surah Abasa ni, terasa juga sebenarnya..
Mungkin saya sudah tersilap. Adik itu begitu mentah. Mungkin saya hanya perlu memperbetulkan salah faham dia tentang sunnah nabi yang satu ini. Usrah bukan untuk orang tertentu sahaja. Kita mesti mengajak semua orang untuk menyertainya. Lagipun, saya pun selalu juga pilh-pilih orang untuk menyampaikan kebaikan. Tetapi saya tidak sedar..Selepas baca ayat ini, baru saya sedar. Terima kasih Allah atas peringatan ini.

Jom kita balik semula pada cerita Abdullah Ibn Makhtum yang hebat ini..Abdullah Ibn Makhtum telah dihantar oleh rasulullah S.A.W untuk menyampaikan dakwah di Madinah ni. Beliau dan Mus'ab bin Umair telah menyampaikan risalah nabi di bumi Madinah dengan jayanya. Sampaikan, orang-orang Madinah telah beriman sebelum rasulullah tiba di Madinah. Sehinggakan, mereka begitu teruja dan menanti-nanti kehadiran rasulullah ke Madinah. Sahabat saya cerita, Abdullah Ibn Makhtum dan Mus'ab bersungguh-sungguh berdakwah di Madinah. Sehingga tidak ada satu rumah pun di Madinah yang tidak diketuk oleh mereka.

Saya berdoa, mudah-mudahan Allah beri kekuatan kepada saya dan sahabat2 saya yang saya sayangi, untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini yang menjalankan tugas sebagai khalifah iaitu untuk beribadah dan berdakwah. InsyaAllah..

p/s: baru-baru ini ada anak usrah sahabat seperjuangan yang dtg sini utk buat elective course selama 1 bulan di SP. Mereka belajar di Sabah. Di Sabah, mereka usrah dgn sahabat saya yang juga merupakan HO di Sabah. MasyaAllah. Semua orang sedang buat kerja-kerja dakwah di luar sana. Siapa yang tidak peduli, dia lah yg rugi. Islam akan bangkit suatu hari nanti. Allahuakbar!!

Monday, June 4, 2012

Jubli Perak

Sudah lama saya menulis post ini, tetapi tidak dipost-post. Otak rasa beku, susah untuk habiskan. 11 April 2012, saya telah pergi ke sambutan Jubli perak Pusat Pendidikan Islah, sekolah anak saudara saya.


Rupa- rupanya, usia sekolah ini sebaya dengan umur saya, 25 tahun. Baru saya tahu, 25 tahun dah dikira jubli perak..bererti saya ni warga perak la..lama-kelamaan akan menjadi warga emas jika dipanjangkan usia oleh Allah S.W.T. MasyaAllah...=)

Alhamdulillah, banyak yang saya dapat daripada event ini.

Antara yang menarik, dalam ceramah Dr. Hafidzi. Dr Hafidzi kata, negara-negara Islam telah dipisahkan dengan sempadan negara yang garisannya dilukis oleh tangan-tangan musuh Islam yang cuba untuk memecahkan belahkan umat Islam. Hasilnya, umat Islam lupa yang kita bersaudara.

Jika kita perhatikan di semenanjung tanah Arab, sangat tidak logik bagaimana negara-negara ini boleh terpisah. Tiada kawasan pergunungan yang mencipta sempadan. Semua bertutur dalam bahasa yang sama, bahasa arab, budaya pun sama. Malah, untuk orang yang tinggal di kawasan sempadan, mereka datang daripada nenek moyang yang sama. Tetapi mengapa mereka boleh menjadi begitu asing. Untuk seorang rakyat Syria pergi ke Mesir, memerlukan visa dan passport. Cuba kita lihat, negara-negara Eropah. Negara-negara seperti German dan Spain dipisahkan oleh sempadan yang terbentuk oleh faktor-faktor geografi. Di sempadan negara-negara ini terdapat gunung-ganang yang memisahkan rakyat daripada dua negara berbeza daripada bertemu. Mereka bertutur dalam bahasa yang sangat lain. Budaya mereka juga berbeza. Maka, tidak hairan lah mereka adalah negara yang berbeza. Itupun, mereka telah bersatu dengan pembentukan republic of europe. Kita?huhu..musuh-musuh Islam sangat berjaya memisahkan umat Islam mengikut sempadan negara. Padahal kita satu aqidah. Jika ditanya, awak orang apa?Jawabnya, saya orang Melayu/saya orang Jawa/saya mamak. Aduhai..sudahlah. Lupakan ini semua..kita adalah orang Islam. Kita ambil peduli tentang saudara-saudara kita di Palestine, di Syria, di Indonesia, di Mesir, di semua tempat.

Berapa banyak kita sensitif tentang saudara-saudara kita di Palestine?Ketika kita makan, ingatkah kita akan mereka? Mengapa kita sanggup membeli barang-barang keluaran Israel yang terang-terang menjana ekonomi mereka, yang mereka gunakan untuk membunuh saudara-saudara kita.

Dah tengok cerita Valley of the Wolves Palestine? Jika masih belum, cubalah cari masa untuk tengok cerita ini. Mungkin, dengan melihat cerita seperti ini, barulah kita dapat menyelami perasaan saudara kita di sana. Bagaimana rasanya, apabila rumah kita dirobohkan sesuka hati. Bagaimana rasanya melihat adik kita terbunuh oleh das tembakan dan runtuhan batu-batu. Itupun, bukan semua kesengsaraan saudara kita di sana diceritakan dalam filem ini.



Mari kita sama-sama boikot barang-barang keluaran Israel.Walaupun nampak kecil, tapi Kalau Kota sama-sama boikot pasti akan bagi effect pada musuh-musuh kita tu. InsyaAllah..Allahuakbar.




Sunday, April 15, 2012

Sabar

Alhamdulillah...syukur yang tidak terhitung kepada Ar-Rahman yang tidak putus-putus memberikan nikmat kepada hambaNya. Nikmat-nikmat itu jika dihitung, tidak akan ada penghujung. Namun, diri ini sedar, Allah tidak minta kita menghitung segala nikmat itu. Dia hanya mahukan kita menjadi hambanya yang bersyukur. Sekarang, dengan menggunakan jari-jari kurniaanNya, saya dapat lagi menulis di blog ini. Thank you Allah...

Untuk 2 minggu berturut-turut, usrah saya membincangkan topik sabar. Rupa-rupanya, diri ini belum menghayati konsep sabar yang sebenarnya. Maka Allah beri ilham kepada usrah mate untuk membawakan lagi tajuk sabar ini di dalam usrah khusus untuk diri saya.(perasan betul)hihi..

Sabar ini sangat banyak diperkatakan dalam Al-Quran..


وَلَنَبلُوَنَّكُم بِشَيءٍ مِنَ الخَوفِ وَالجوعِ وَنَقصٍ مِنَ الأَموٰلِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرينَ
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar 
(Al Baqarah:155)


Rupa-rupanya, ada banyak bentuk sabar. Contoh pertama, sabar dalam melakukan kebaikan. Ada orang kata, untuk memulakan sesuatu yang baik memang susah. Sama seperti orang yang baru nak belajar berbasikal. Betapa susahnya, untuk mulakan mengayuh. Tetapi sesudah mahir, laju saja. Baru saya teringat, pada usrah yang lepas, kami telah berbincang tentang sasaran mutabaah amal kami. Sungguh, saya rasa sangat berat untuk mencapai sasaran itu. Rasa malu sangat, apabila asyik saya yang cuba mengurangkan sasaran kami sesuai kepada kemampuan saya. Terima kasih Allah..kerana mengurniakanku sahabat-sahabat yang sering mengingatkanku. Semoga Kau berikanku keringanan dalam menunaikan ketaatan kepadaMu.

Yang kedua, sabar menghadapi ujian. Apabila kita diuji, kita harap sangat, yang itu adalah mimpi dan esok, kita akan bangun tidur tanpa perlu memikirkan masalah itu lagi. Jika tidak pun, kita harap sangat, ujian itu menjadi ringan, seringan-ringannya. Harap sangat orang disekeliling memujuk..harap sangat orang yang mendengar, memberikan kita point2 positive tentang ujian itu..agar kita diberi kukuatan untuk menghadapi ujian itu. Tapi..tak semudah itu. Bukan sahaja kita perlu hadapi kesukaran itu..adakalanya, tafsiran orang di sekeliling kita, melemahkan kita. Susah bagaimanapun, kita mesti juga menghadapi ujian itu. Maka, bersabarlah...kerana orang yang beriman sentiasa bersabar.

Abu Yahya Shuhaib bin Sinan RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh unik urusan orang yang beriman itu. Semua urusannya baik baginya. Hal itu hanya dimiliki orang yang beriman jika dia memperolehi kegembiraan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Jika ditimpa kesulitan, dia bersabar dan itu baik baginya."(HR Imam Muslim)


Sabar yang ketiga ialah sabar melawan nafsu. Melawan nafsu memerlukan kesabaran yang mantap. Ada banyak nafsu ni...nafsu untuk makan berlebihan, nafsu untuk mengutuk orang, nafsu untuk bebas pergaulan, nafsu amarah, nafsu membeli-belah dan banyak lagi. Bagi saya, sabar yang ini memang susah..kerana ia memerlukan mujahadah. Seseorang menerima ujian akan cuba untuk bersabar dan sedar bahawa itu merupakan ujian daripada Allah. Tetapi dalam melawan nafsu, manusia sering lalai dan terlupa bahawa itu juga merupakan ujian daripada Allah untuk melihat siapa diantara hambaNya yang mampu menewaskan hawa nafsu.
susah sangat untuk melawan nafsu makan coklat boost.
Last but not list, sabar melawan amarah. Marah itu sifat tercela. Satu-satunya kemarahan yang dibolehkan ialah marah untuk membela agama Allah SWT. Jika kemarahan itu terkait dengan dunia, lupakan sahaja. Jadikan sabar sebagai hentaman pertama, bukannya kemarahan.

Muadz bin Anaz RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda."Siapa saja menahan amarahnya, padahal ia mampu melempiaskannya, Allah SWT akan memanggilnya di depan makhluk pada Hari Kiamat lalu ia disuruh memilih bidadari yang dikehendaki."(HR Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi. Imam Tarmidzi berkata,"Hadits ini hasan.")


Marilah sama-sama kita berdoa agar kita sentiasa dapat bersabar. Dunia ini hanya persinggahan sedangkan akhiratlah yang kekal abadi. Kita mahukan kemenagan di akhirat. Maka, bersabarlah. Mudah-mudahan, Allah mengganjari kesabaran itu dengan balasan syurga.


 قُل يٰعِبادِ الَّذينَ ءامَنُوا اتَّقوا رَبَّكُم ۚ لِلَّذينَ أَحسَنوا فى هٰذِهِ الدُّنيا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرضُ اللَّهِ وٰسِعَةٌ ۗ إِنَّما يُوَفَّى الصّٰبِرونَ أَجرَهُم بِغَيرِ حِسابٍ


Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.
(Az-Zumar (39):10)

Saturday, March 24, 2012

Hatim

Sudah 3 hari saya tidak ke ICU. Selalunya, setiap hari saya akan ke ICU untuk review patient medical yang dirawat di unit rawatan rapi(ICU). Tetapi, untuk 3 hari berturut-turut, tiada urusan yang memerlukan saya ke sana. 


Hari terakhir saya ke ICU, dia masih ada di situ. Terbujur kaku di katil no. 1, ICU 1. Orang yang saya maksudkan ialah Hatim. Hatim dimasukkan ke ICU selepas menjalani pembedahan craniectomy. Dia mengalami pendarahan dalam kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Setiap kali ke ICU, saya akan mengambil peluang itu untuk menziarahi Hatim. 


Benarlah...sesungguhnya kematian itu merupakan satu peringatan buat yang hidup. Semenjak Hatim dimasukkan ke ICU, usrah saya sering mengaitkan ujian yang dihadapi oleh Hatim dan keluarga dalam perbincangan kami. Ketika kami mebincangkan tajuk sabar, kami kaitkan dengan Hatim. Ketika kami mentadabur ayat Al-Quran berkaitan kematian, kami kaitkan dengan Hatim.  


Jujurnya, saya sudah desensitize dengan kematian, sejak menjadi doktor. Sudah tidak rasa apa-apa lagi. Saban hari, bila ada pesakit saya yang meninggal dunia, kami hanya bertanya serba-sedikit apa yang berlaku, kemudian meneruskan kerja-kerja kami...seperti biasa. Astaghfirullahalazim...


Mujurlah, hati ini tersentuh juga dengan pemergian Hatim kerana kami sering bercakap mengenainya di dalam usrah. Tambahan pula, usia Hatim lebih muda daripada saya. Kita selalu lupa akan mati kerana merasa diri kita muda. Walhal, kematian boleh menjemput sesiapa sahaja. Ya Allah..janganlah Kau matikan aku sebelum Engkau menerima taubat ku. 


Saya kongsikan ayat ini. Mudah-mudahan ia terkesan di hati anda semua..

Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. (Surah An-Nur ayat 64)



Esok, pasti saya akan ke ICU untuk morning round. Tetapi esok, pasti berbeza daripada selalunya. Tiada lagi Hatim di katilnya, tiada lagi kedengaran alunan ayat-ayat Al-Quran yang selalu dipasang oleh keluarga Hatim di ICU. Ya Allah..tempatkan Hatim bersama golongan orang-orang yang soleh. Amin.. 



Cerita sampingan:


Ada seorang staff nurse di ICU yang bertanya kepada saya, bagaimana saya boleh kenal dengan keluarga Hatim? Huhu..susahnya mahu jawab soalan tu. Hmm..rasa nak jawab je; "ouh, sebab Hatim tu ikhwah. Mak dan ayahnya pun ikhwah akhawat juga. Jom lah kak, join usrah". Tetapi saya tidak jawab begitu..belum ada kekuatan. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini yang lambat berdakwah. Bantulah kami...agar suatu hari nanti kami dapat mewujudkan usrah hospital. Amin..




Friday, March 9, 2012

25 tahun

Wahh..lama nya tak bukak blog ni..sampaikan blog ni pun dah lupa tuan dia.hihi..
Begitu banyak pengalaman berhikmah,berlalu begitu sahaja tanpa dicatat. Baiklah, selepas ini, saya akan lebih istiqamah menulis. Insyaallah..:(fight) fight

Dua hari lepas adalah hari lahir saya yang ke 25.Sukanya, bila ramai yang sama-sama meraikan hari lahir saya. &lt:-P party

Terima kasih ya, kepada semua yang telah menghantar ucapan selamat hari lahir baik di FB mahupun di telefon. ;)
kek birthday daripada abg long, kak long dan bihah

Bersyukurnya atas nikmat yang tidak putus-putus daripada Allah. Saya ingin menzahirkan kesyukuran itu dengan menjadi orang yang bermanfaat kepada mak,ayah,adik beradik,kawan-kawan, dan kepada masyarakat. Insyaallah...

Alhamdulillah..ada ramai orang di sekeliling saya yang memberikan saya inspirasi...O:-) angel

Antaranya, seorang kakak comel yang solehah yang sentiasa ambil berat pasal saya. Rumahnya pun hanya di depan rumah saya. Kakak ini selalu text sms kepada saya untuk updatekan pasal program tarbiyah. Dan bukan lah saya seorang sahaja yang dia mesej, banyak lagi. Dia juga selalu memberikan semangat kepada saya dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik, yang Insyaallah akan cuba saya ikuti perlahan-lahan.:D big grin

Di hospital pula,ada doktor senior (MO) yang ikhlas mengajar. Doktor non muslim ni, sangat suka menurunkan ilmunya. Apabila saya bekerja double shift, dan kebetulan doktor ini yang oncall, saya akan rasa sangat gembira sebab nanti dia akan ajar saya kenapa kes ini management nya begini, jika dia rasa saya tak tahu tentang sesuatu, dia akan tanya saya dahulu. Kemudian, bila saya tidak dapat jawab, dia akan beritahu. Dia sentiasa buat saya bersemangat untuk belajar. Semalam, doktor ni bagi tutorial tentang ECG pada saya. Banyaknya lagi yang saya tidak tahu!Nasib baik dia sedarkan saya. Saya sayang sangat pada MO saya yang seorang ni. Mudah-mudahan Allah memberikan dia hidayah.:x lovestruck

Haa!ada lagi. Dalam bulan lepas, saya berkenalan dengan seorang ukhti. Ukhti ni tinggalnya di SP tetapi sedang menuntut di UMS. Dia sedang bercuti time tu, jadi dia join usrah di SP. Ketika taaruf dengannya, masyaallah..saya sangat kagum dengan ukhti ni. Dia tiada kereta di sana. Tetapi dia sangat komited dengan usrah. Usrah yang dia bawa memerlukan dia keluar daripada kawasan universiti dengan menaiki bas. Sudahlah perjalanan untuk ke destinasi mutarrabi memakan masa, bas yang datang juga tidak tentu masa. Bas pula hanya available pada hari-hari biasa sahaja. Jika hujung minggu, ukhti yang badannya kurus ini akan terpaksa berjalan keluar daripada kawasan universiti untuk mendapatkan bas awam. Apabila ukhti ini bercerita, sepertinya tidak ada apa-apa baginya, tetapi...sayalah yang sangat terpukau dengan semangatnya.
                                                                   :x lovestruck:x lovestruck:x lovestruck
Sesungguhnya, nanti kita akan ditanya..usia kita, di mana ia dihabiskan...duit kita, ke mana perginya...kereta kita, untuk apa ia digunakan. Ya Allah, jangan Kau lalaikan aku walau sesaat.

Ok, ini sahaja untuk sementara waktu. Nanti saya tulis lagi. Bagi yang jauh di mata, pesanan saya ialah, kenang daku dalam doamu. ;) winking

usrah mates buat surprise..jzkk:-)